Gunung Semeru meletus tiga kali, aliran piroklas cecah 3.5 kilometer

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Gunung Semeru di Indonesia meletus tiga kali pada pagi Sabtu, dengan letusan kedua pada 6.21 pagi mencetuskan aliran piroklas sejauh sekitar 3.5 kilometer menuruni cerun tenggara gunung berapi itu.

Menurut laman pemantauan gunung berapi MAGMA, pegawai Pos Pemerhatian Gunung Berapi Semeru, Mukdas Sofian berkata tiga letusan itu berlaku antara 5.24 pagi hingga 9.09 pagi, menghasilkan kepulan abu setinggi antara 500 hingga 1,000 meter dari puncak.

Terletak di Jawa Timur, Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Indonesia dan antara gunung berapi paling aktif di negara itu. – Bernama