ADUN Tellian agih sumbangan makanan

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH… Warga PPKS Mukah menerima sumbangan bekalan makanan.

MUKAH: Sebanyak 105 paket  makanan telah diagihkan kepada penduduk yang sedang dikuarantin pada hujung minggu lalu.

Bantuan berupa keperluan harian tersebut adalah sumbangan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tellian, Yussibnosh Balo.

Menurut Pegawai Khas ADUN Tellian, Kaunselor Felix Pieng, sumbangan tersebut adalah untuk mereka yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Pengagihan telah dikendalikan oleh   kakitangan dari pusat Khidmat  Tellian bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum( KMKK) di setiap kampung yang terlibat. Bantuan ini adalah untuk mereka   yang diarahkan kuarantin kendiri di rumah,” ujarnya.

Para penerima  terdiri daripada empat dari Kampung Tellian Ulu, Kampung Tellian Tradisi (1),Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak ( PPKS) Mukah (33), PDRM (enam), Kampung  Tellian Laut (satu), Kampung Datu (2), Kampung Penakub Hilir (4), Kampung Petanak Hilir (12), Kampung Kuala Lama (3), Kampung Judan Hilir (12), Kampung Penat(1), perumahan/kawasan bandar (12), dan Rumah Buda Kawasan Digih (15).

Sumbangan itu diharapkan dapat meringankan sedikit beban mereka yang sedang dikuarantin berkenaan.

Oleh Henry b Siyu