Bot Kawalan Jauh: Dari hobi ke perlumbaan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DI sebalik prestasi hebat, ada kerja teliti di sebalik tabir, setiap skru dan komponen diperiksa sebelum beraksi.

PETRA JAYA: Sukan bot kawalan jauh semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat sukan rekreasi dan perlumbaan, dengan kos pembinaan sebuah bot mencecah sehingga RM5,000 bergantung kepada spesifikasi serta tujuan penggunaannya.

Penggemar sukan bot kawalan jauh, Hamzah, berkata beliau mula menceburi hobi itu pada 2022. Menurutnya, kos pembinaan sesebuah RC Bot bergantung kepada minat dan kegunaan pemilik sama ada untuk rekreasi atau perlumbaan.

MENGUJI prestasi bot kawalan jauh (RC) pada sesi latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan.

“Jika sekadar untuk hobi atau bersantai, kosnya sekitar RM2,000. Namun, jika digunakan untuk perlumbaan, enjin dan aksesori perlu dinaik taraf, menyebabkan kos boleh mencecah antara RM4,000 hingga RM5,000,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan bot kawalan jauh menggunakan petrol RON95 yang dicampur dengan minyak dua lejang, sama seperti campuran bahan api yang digunakan pada enjin mesin rumput.

“Enjin yang digunakan ialah enjin berprestasi tinggi khas untuk bot kawalan jauh bagi membolehkan bot dipacu pada kelajuan tinggi,” jelasnya.

HAMZAH membawa bot kawalan jauh ke gigi air sebelum memulakan sesi ujian di tasik.

Tambah beliau, kebanyakan komponen seperti badan bot, enjin dan aksesori dibeli secara berasingan sebelum dipasang sendiri.

“Proses pemasangannya umpama menyusun Lego. Semua komponen dipasang satu demi satu sehingga siap. Memang ada bot yang dijual siap dipasang, tetapi harganya lebih mahal,” katanya.

Hamzah turut menjelaskan terdapat perbezaan antara enjin keluaran tempatan dan import, dengan enjin tempatan menawarkan kapasiti silinder lebih besar sekitar 45cc berbanding kebanyakan enjin import yang sekitar 32cc.

HAMZAH bersama bot kawalan jauh miliknya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menceburi sukan bot kawalan jauh supaya mendapatkan bimbingan daripada komuniti mereka.

“Mereka yang berminat boleh mengikuti akaun TikTok ahamzah_mrcb atau Facebook MRCB Racing Team. Kami sedia membantu dan memberi tunjuk ajar dari A hingga Z kepada sesiapa yang ingin berkecimpung dalam hobi ini,” katanya.

Menganyam warisan, mempertahan identiti

SRI AMAN: Di sebalik setiap bilah buluh yang dianyam menjadi Ketapu Lanjang, tersimpan tekad seorang pengusaha untuk memastikan warisan masyarakat

Aku yang masih

TIDAK semua perjalanan hidup berakhir seperti yang kita impikan. Ada yang bermula dengan penuh semangat tetapi berakhir dengan perpisahan. Ada