Gempa bumi 5.9 magnitud landa 42km barat laut Te Anau, New Zealand – USGS

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HONG KONG: Gempa bumi 5.9 magnitud melanda kawasan 42 kilometer (km) utara-barat laut (NNW) Te Anau, New Zealand pada 9.14 pagi GMT, Khamis, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

Foto hiasan.

USGS memaklumkan pusat gempa itu yang terletak pada kedalaman 76.4km, pada mulanya dikesan berada pada 45.04 darjah latitud selatan dan 167.61 darjah longitud timur. – Bernama