Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pengakap Berasaskan Komuniti pacu pembangunan belia di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Pengakap Berasaskan Komuniti pacu pembangunan belia di Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
ADUN Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom menyerahkan Sijil Komuniti Pengakap kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Pakan

PAKAN: Inisiatif Pengakap Berasaskan Komuniti akan terus diperkasakan sebagai platform membangunkan generasi muda melalui penglibatan aktif masyarakat dalam membentuk belia yang berdisiplin, berintegriti dan berjiwa sukarelawan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pembangunan belia tidak seharusnya dipikul oleh sekolah atau pemimpin pengakap semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat.

“Pembangunan belia perlu dipikul secara bersama oleh ketua masyarakat, ibu bapa, sektor swasta, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar lahir generasi yang berilmu, berdisiplin, berintegriti serta mempunyai semangat khidmat kepada masyarakat.

“Inisiatif Pengakap Berasaskan Komuniti dan Rakan Pengakap menekankan penglibatan menyeluruh masyarakat dalam membimbing dan membentuk generasi muda, tanpa bergantung kepada sekolah atau pemimpin pengakap semata-mata,” katanya.

Beliau yang juga Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) dan Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak berkata demikian ketika berucap pada majlis Ngiling Bidai Pengakap Sarawak 2026 di Dewan Masyarakat Pakan, malam tadi.

Katanya, inisiatif tersebut yang dilancarkan oleh Ketua Pengakap Negara di Serian pada 14 Jun 2024 sebelum diperluaskan ke Bintulu pada 17 Januari 2026 kini diteruskan di Pakan dengan sambutan yang amat menggalakkan.

“Saya yakin Pakan dan Julau berpotensi menjadi contoh terbaik pelaksanaan Pengakap Berasaskan Komuniti dan Rakan Pengakap di Sarawak berikutan semangat kerjasama komuniti yang masih utuh diamalkan di kawasan ini.

“Oleh itu, saya menyeru penghulu, pemanca, tuai rumah dan ketua masyarakat supaya menjadi rakan strategik kepada Pergerakan Pengakap dengan menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda dalam aktiviti pengakap,” katanya.

Mawan juga menggesa semua pemimpin pengakap supaya memperbanyakkan program kemasyarakatan seperti gotong-royong, pemuliharaan alam sekitar, khidmat masyarakat, bantuan bencana, kesihatan, keselamatan dan latihan kepimpinan belia agar Pergerakan Pengakap terus relevan dan dekat di hati masyarakat.

Pada majlis sama, seramai 20 tuai rumah menerima Sijil Komuniti Pengakap sebagai pengiktirafan atas sokongan dan komitmen mereka dalam memperkukuh pelaksanaan Pengakap Berasaskan Komuniti di kawasan masing-masing.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Huang tinjau isu trafik di Jalan Meruton/Merudu dan Pekan Jakar
Next: Program KRT Sihat tingkat disiplin, kesiapsiagaan anggota SRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.