Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari umum Zon Ekonomi Sibu, peruntuk RM1.5 bilion
  • SEMASA

Abang Johari umum Zon Ekonomi Sibu, peruntuk RM1.5 bilion

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.

SIBU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong cadangan penubuhan Zon Ekonomi Sibu bagi memastikan pembangunan ekonomi, pelancongan, sektor perkhidmatan dan infrastruktur dapat digerakkan secara bersepadu.

Menurutnya, jaringan jalan raya yang semakin baik, termasuk Jalan Utama Kedua Sarawak (SSTR) dan Jalan Pesisir Pantai Sarawak (CSTR) akan memperkukuh hubungan antara Sibu dan Kuching, sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan, pelancongan serta pertumbuhan sektor perkhidmatan di bandar itu

“Pembangunan Sibu akan menjadi sebahagian daripada agenda jangka panjang Sarawak yang melangkaui sasaran Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), dengan memanfaatkan kekuatan Sarawak dalam tenaga hijau, modal insan dan ekonomi berasaskan inovasi,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari mengumumkan penubuhan Zon Ekonomi Sibu dengan peruntukan awal RM1.5 bilion bagi merancakkan pembangunan ekonomi Sibu, susulan cadangan penubuhan sebuah badan ekonomi khusus oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee.

Abang Johari berkata, beliau bersetuju dengan cadangan mewujudkan sebuah agensi bagi memacu pembangunan ekonomi Sibu, namun ia akan diwujudkan dalam bentuk zon ekonomi memandangkan pembangunan ekonomi bandar itu lebih kompleks dan melibatkan pelbagai sektor perkhidmatan.

“Saya bersetuju mewujudkan satu agensi, tetapi namanya ialah Zon Ekonomi Sibu kerana pembangunan ekonominya agak kompleks dengan sektor perkhidmatannya.

“Untuk permulaan, saya akan memasukkan peruntukan RM1.5 bilion dalam bajet baharu bagi Zon Ekonomi Sibu,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Dr Annuar mencadangkan penubuhan Pihak Berkuasa Forum Ekonomi Sibu bagi merancang dan memacu pembangunan ekonomi bandar itu untuk menangani penghijrahan tenaga mahir serta memastikan Sibu kekal sebagai pusat pertumbuhan utama di Zon Tengah Sarawak.

Beliau berkata, badan itu boleh menyelaras pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), industri berskala besar serta industri makanan bagi menjadikan Sibu sebagai hab bekalan makanan untuk seluruh Sarawak.

Menurutnya, pengukuhan aktiviti ekonomi penting bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi agar golongan profesional kelahiran Sibu tidak terus berhijrah ke luar Sarawak dan luar negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusuf, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dakwaan tiga jambatan dibatal untuk SSLR tidak benar, kata Willie Mongin
Next: Abang Johari rangka wajah baharu Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.