KUCHING: Para peniaga yang beroperasi di sepanjang jalan Kota Samarahan harus diberi tempat untuk berniaga, selain memberi peluang kepada pelanggan agar dapat berurusan dalam keadaan yang selamat.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. James Masing berkata tempat ini harus juga dilengkapi dengan kemudahan seperti bekalan air dan tandas.
Perniagaan di tepi jalan ini, kata beliau telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana ramai yang singgah untuk membeli.
Masing berkata, adalah perlu untuk para peniaga ini diberi satu tempat berniaga yang selesa dan selamat bagi mencari rezeki sampingan, terutama ketika ekonomi agak menghimpit akibat pandemik Covid-19.
Oleh Connie Chieng