ELLIE EDWARD
BINTULU: Rakyat di negeri ini digesa untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing membantu pihak berkuasa mengekang pandemik Covid-19.
Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing berkata, langkah tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan normal seperti sediakala.
“Kita semua dalam tempoh kritikal ini perlu bekerjasama dan dapatkan pemeriksaan jika anda telah bersentuhan dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19”.
“Pergi ke hospital, dan dapatkan pemeriksaan. Lakukan demi keluargadan rakan-rakan kita dan janganlah berpuas hati kerana Ia boleh berlaku kepada anda dan sesiapa sahaja seterusnya risiko penyebaran virus COVID-19 dalam komuniti kita terlalu besar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu, beliau merayu kepada sesiapa yang berurusandenganbeliau(pesakit), termasukpenduduk, pelanggan, jiran, rakan dan ahli keluarga untuk menjalani pemeriksaan dan mengasingkan diri sekurang-kurangnya selama 14 hari.
“Saya juga mengingatkan kilang-kilang di kawasanperindustrianTanjungKidurongtermasuk Malaysia LNG Sdn. BhddanAsean Bintulu Fertilizer Sdn. Bhduntukmengambillangkah yang sama,” katanya.
Sementara itu katanya, senario pandemik di Malaysia semakin teruk dan orang ramai mulai cemas, tertekan serta panik dengan situasi tersebut.
Namun demikian beliau berharap pada masa kritikal ini semua pihak perlu bertenang, mematuhi nasihat dan arahan kerajaan dan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan14 hari, yang telahpunbermulapada 18 sehingga 31 Mac 2020.
“Malangnya, masih terdapat segelintir pihak yang ingkar serta enggan mematuhi arahan tersebut, malah, meneruskan aktiviti luar mereka,” katanya.
Bagaimanapun jelasnya, ada segelintir pihak secara terbuka menafikan kakitangan penguat kuasa dan bertindak kasar kepada mereka, tanpa mengambil kira dan prihatin terhadap kesihatan mereka dan orang lain.
Tegasnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan memberi tekanan yang lebih besar kepada kakitangan penguatkuasaan dan kesihatan yang cuba melakukan yang terbaik.
“Tolong, tinggal di rumah dan jangan menyebarkan maklumat palsu atau tidak sah dan inilah yang terbaik yang boleh kita lakukan untuk kita semua,” ujarnya.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk sumber maklumat yang sahih berhubung isu terbabit.
“Berita palsu juga berleluasa pada masa ini dan kadang-kadang, maklumat palsu mungkin telah disiarkan atau disebarkan secara tidak sengaja,” katanya.
Dalam pada itu beliau menyeru supaya masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih tanpamemeriksanyaterlebihdahulubagimengelakkansituasi panik dan kekeliruan.
“Marilah kita semua bertenang, jangan panik, mari kita bekerjasama untuk melawan pandemik COVID-19 serta menjaga kesihatan dan kehidupan masing-masing,” katanya.