Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Amuk dengan parang, lelaki dihukum penjara enam tahun, dua sebatan
  • MAHKAMAH

Amuk dengan parang, lelaki dihukum penjara enam tahun, dua sebatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG lelaki diiring anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Bintulu semalam atas pertuduhan mengugut dan memiliki senjata berbahaya.

BINTULU: Seorang lelaki yang tular kerana mengamuk dan cuba menyerang seorang individu menggunakan sebilah parang di sebuah stesen minyak di sini pada 29 Jun lalu dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bintulu semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Menurutnya, pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun, manakala Seksyen 6(1) akta berkenaan memperuntuk hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

“Suspek mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta dua sebatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Nixon, kejadian itu berlaku pada 29 Jun lalu sebelum rakaman insiden berkenaan tular di media sosial pada 3 Julai.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu akan terus mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan jenayah demi menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki dipenjara lebih lima tahun, dua sebatan akibat kesalahan dadah berulang
Next: Penganggur dipenjara lima bulan curi barang dari runtuhan bangunan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.