Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut, 14 cedera dalam nahas bas di Portugal
  • GLOBAL

Dua maut, 14 cedera dalam nahas bas di Portugal

Utusan Sarawak 11 hours ago
SEBUAH bas Carris Metropolitana terbabas dari jalan raya dan melanggar pejalan kaki di Sintra, Portugal, menyebabkan dua maut dan 14 lagi cedera. Foto AGENSI

LISBON: Dua maut dan 14 yang lain cedera termasuk empat daripadanya parah, selepas sebuah bas Carris Metropolitana terbabas dari jalan raya dan melanggar pejalan kaki pada pagi Selasa di perbandaran Sintra, menurut pihak berkuasa perlindungan awam Portugal, lapor Xinhua.

Komando Sub-Wilayah untuk Lisbon Raya Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk Kecemasan dan Perlindungan Awam (ANEPC) berkata kemalangan itu berlaku pada 9.42 pagi waktu tempatan di Rua Elias Garcia, berhampiran Lisbon.

Menurut agensi berita Lusa, mangsa yang maut ialah dua wanita berusia antara 30 dan 40 tahun.

Seramai 35 responden kecemasan dan 16 kenderaan dikerahkan ke tempat kejadian, berserta pasukan sokongan psikologi kecemasan.

Punca kemalangan sedang disiasat.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 20 turbin angin di barat daya Belanda dihentikan operasi selepas kematian helang laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.