Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AZAM, SACOFA teroka peluang kerjasama strategik perkasa agenda digital Sarawak
  • TEMPATAN

AZAM, SACOFA teroka peluang kerjasama strategik perkasa agenda digital Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
DELEGASI AZAM Sarawak dan SACOFA Sdn. Bhd. bergambar kenangan selepas sesi kunjungan hormat.

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan SACOFA Sdn. Bhd. meneroka peluang kerjasama strategik bagi memperkukuh agenda komunikasi digital, pembangunan modal insan serta pembangunan bakat di Sarawak.

Menurut kenyataan AZAM Sarawak, inisiatif tersebut dibincangkan menerusi kunjungan hormat AZAM Sarawak ke SACOFA Sdn. Bhd., peneraju infrastruktur telekomunikasi dan komunikasi digital di negeri ini.

“Pertemuan ini menjadi platform kepada kedua-dua organisasi untuk bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang komunikasi strategik, literasi digital, pembangunan kepimpinan belia, inovasi teknologi serta pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi yang menyokong aspirasi pembangunan Sarawak,” katanya.

Dalam sesi berkenaan, AZAM turut berkongsi hala tuju baharu organisasi sebagai sebuah badan komunikasi yang memberi penekanan kepada komunikasi strategik, pembangunan kandungan digital serta pendekatan Komunikasi Partisipatori bagi memperkukuh penyampaian maklumat dan meningkatkan penglibatan masyarakat.

AZAM turut memperkenalkan beberapa inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan, termasuk Piala Debat Premier Sarawak 2026, yang bertujuan memperkasa kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam kalangan generasi muda.

Delegasi AZAM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Ali Suhaili, bersama barisan pegawai eksekutif organisasi itu, manakala delegasi SACOFA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Jafer Sadig Abdul Lathiff, bersama barisan pengurusan kanan syarikat.

Kunjungan tersebut mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi untuk meneroka kerjasama yang mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat, memperkukuh ekosistem digital negeri serta menyokong usaha melahirkan modal insan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BCCK 2 dahului jadual, dijangka siap awal 2028
Next: Jambatan Batang Sejingkat buka koridor baharu pembangunan pesisir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.