Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut, angin kencang ragut lapan nyawa di tengah China
  • GLOBAL

Ribut, angin kencang ragut lapan nyawa di tengah China

Utusan Sarawak 4 hours ago
T
LALUAN pejalan kaki di tebing Sungai Yongjiang dan deretan kedai di Nanning, wilayah Guangxi, ditenggelami banjir pada 6 Julai 2026. Hujan lebat dan banjir akibat Taufan Maysak mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang serta memaksa 48,000 penduduk dipindahkan. Foto AFP

BEIJING: Ribut petir dan angin kencang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa di tengah China, lapor media kerajaan pada Selasa, manakala hujan lebat serta banjir turut mengorbankan dua lagi mangsa di selatan negara itu.

Bencana alam lazim berlaku di China, terutama pada musim panas apabila sesetengah wilayah dilanda hujan lebat, manakala kawasan lain mengalami cuaca panas melampau.

Beberapa kawasan di bahagian timur wilayah Hubei di tengah China dilanda ‘cuaca perolakan teruk’ pada Isnin, menurut penyiar negara, CCTV.

“Ribut petir dan angin kencang melanda” bandar termasuk Huangshi dan Huanggang, mengorbankan lapan orang pada petang hari berkenaan, menurut CCTV.

Puting beliung turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan dan seorang lagi dilaporkan hilang.

“Skala kerosakan sedang dinilai dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan,” menurut CCTV.

Sementara itu, hujan lebat dan banjir besar akibat Taufan Maysak mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang di wilayah Guangxi di selatan China, selain memaksa pihak berkuasa memindahkan sekurang-kurangnya 48,000 penduduk setakat petang Isnin.

Pihak berkuasa di Nanning, ibu negeri Guangxi, turut menaikkan tahap tindak balas kecemasan kawalan banjir ke tahap tertinggi selepas hujan lebat menyebabkan benteng empangan pecah.

Saintis memberi amaran bahawa intensiti dan kekerapan kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia akan terus meningkat apabila suhu bumi bertambah panas akibat pelepasan bahan api fosil.

China merupakan pengeluar terbesar gas rumah hijau di dunia, namun pada masa sama menjadi kuasa besar dalam tenaga boleh baharu dan menyasarkan ekonominya mencapai status neutral karbon menjelang 2060. – AFP

Continue Reading

Previous: Taufan besar mungkin hampiri Okinawa minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.