Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah  susulan aktiviti jualan awal jejas sentimen pasaran
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah  susulan aktiviti jualan awal jejas sentimen pasaran

Utusan Sarawak 11 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan tekanan jualan pada awal dagangan menjejaskan sentimen pasaran, sekali gus menghakis sebahagian keuntungan yang dicatatkan semalam.

Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.01 mata atau 0.24 peratus kepada 1,679.52 daripada paras 1,683.53 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka rendah 0.11 mata pada 1,683.42.

Sentimen pasaran secara keseluruhan sedikit negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 157 berbanding 130, manakala 290 kaunter tidak berubah, 2,074 tidak diniagakan dan 12 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 163.91 juta saham bernilai RM54.48 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati hari ini meskipun ditutup lebih kukuh semalam.

“Kami menjangkakan peserta pasaran memberi perhatian kepada pilihan raya negeri Johor yang akan berlangsung hujung minggu ini.

“Bagaimanapun, kami masih berpendapat pasaran tempatan kini cukup menarik untuk aktiviti pengumpulan saham pada paras semasa. Justeru, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,680 hingga 1,695 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.90, Public Bank turun satu sen kepada RM4.90, Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM14.28, IHH Healthcare susut tujuh sen kepada RM8.26, manakala CIMB tidak berubah pada RM7.61.

Bagi saham aktif, RNG Tech dan Pemaju Industries yang baharu disenaraikan di Pasaran ACE masing-masing tidak berubah pada 13 sen dan satu sen. Asdion susut 1.5 sen kepada 0.5 sen, WCT naik 0.5 sen kepada 43 sen, manakala Efficient E-Solutions menambah 1.5 sen kepada 11.5 sen.

Dalam kalangan kaunter untung, Malaysian Pacific Industries meningkat 14 sen kepada RM45.96, Allianz Malaysia dan LPI Capital masing-masing naik 10 sen kepada RM21.20 dan RM15.00, Lysaght Galvanized Steel menokok enam sen kepada RM2.45, manakala Teck Guan Perdana meningkat lima sen kepada RM1.85.

Bagi kaunter rugi, Nestle susut 60 sen kepada RM90.16, United Plantations merosot 20 sen kepada RM33.30, Hong Leong Bank turun lapan sen kepada RM21.72 dan Telekom Malaysia susut tujuh sen kepada RM7.46.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 28.67 mata kepada 12,444.05, Indeks FBMT 100 susut 29.51 mata kepada 12,272.13, Indeks FBM Emas Syariah merosot 30.66 mata kepada 12,256.96 dan Indeks FBM ACE berkurangan 5.81 mata kepada 4,887.06, manakala Indeks FBM 70 susut 43.68 mata kepada 17,761.96.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 31.37 mata kepada 19,903.05, Indeks Perladangan susut 5.31 mata kepada 9,002.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.23 mata kepada 181.13, manakala Indeks Tenaga meningkat 0.34 mata kepada 759.83. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Next: Eksklusif: Analisis harga asas bukan segala-galanya: Mengapa tambang AirBorneo wajar dibandingkan secara adil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.