Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri termasuk Sarawak hingga 6.00 petang

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga 6.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Perak (Manjung dan Perak Tengah) serta Kemaman di Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuantan di Pahang, Hulu Langat di Selangor serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sarikei (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan). – Bernama

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan