Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Akses perkhidmatan kesihatan berkualiti perlu terus diperkasa
  • Utara
  • WILAYAH

Akses perkhidmatan kesihatan berkualiti perlu terus diperkasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
ISKANDAR Turkee memotong riben sebagai simbolik perasmian Farmasi PMG Bintulu yang juga merupakan cawangan ke-200 PMG Healthcare di Malaysia.

BINTULU: Akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti perlu terus diperkasa bagi memastikan masyarakat memperoleh rawatan, khidmat nasihat dan pemantauan kesihatan secara lebih mudah dan menyeluruh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, kemudahan seperti farmasi komuniti memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat mendapatkan ubat-ubatan, nasihat daripada ahli farmasi serta pelbagai perkhidmatan kesihatan.

“Farmasi komuniti memainkan peranan yang sangat penting sebagai barisan hadapan dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

“Selain membekalkan ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi, ahli farmasi turut memberikan khidmat konsultasi, pendidikan kesihatan, pemantauan penyakit kronik dan saringan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan majlis pembukaan Farmasi PMG Bintulu di Parkcity Commerce Square di sini, hari ini.

Menurutnya, penyediaan ekosistem penjagaan kesihatan yang merangkumi farmasi, klinik perubatan, klinik pergigian dan perkhidmatan fisioterapi membolehkan pesakit menerima rawatan secara lebih sistematik dalam satu rangkaian perkhidmatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan teknologi digital juga wajar diperluas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ubat dan perkhidmatan kesihatan tanpa perlu berdepan kesukaran untuk hadir ke premis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus menyokong usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Bintulu demi kesejahteraan masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf stesen minyak PNK tingkat kemudahan bekalan bahan api di Kabong
Next: APM Saratok tangkap ular sawa batik 4.2 meter bersembunyi bawah kereta buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.