
PETRA JAYA: Aspek pencegahan dadah serta keselamatan awam sentiasa menjadi keutamaan dalam penganjuran acara berskala besar seperti Festival Muzik Borderland 2026 yang dijadual berlangsung di Kampung Budaya Sarawak pada September ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa usaha membanteras gejala dadah dan memastikan keselamatan pengunjung tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya memerlukan kerjasama bersepadu semua pihak termasuk penguat kuasa dan penganjur bagi memastikan setiap acara berskala besar berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Usaha membanteras gejala dadah dan memastikan keselamatan pengunjung tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya memerlukan kerjasama bersepadu semua pihak termasuk penguat kuasa dan penganjur bagi memastikan setiap acara berskala besar berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas aspek keselamatan dan pencegahan dadah ketika Sidang Media Festival Muzik Borderland di sini, hari ini.
Tambahnya, pihak penganjur perlu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan setiap aspek keselamatan dapat dilaksanakan secara berkesan sepanjang penganjuran acara berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Festival Muzik Borderland 2026 turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran kawalan keselamatan serta pengurusan orang ramai sepanjang acara berlangsung.
Beliau menegaskan bahawa pihak penguat kuasa akan melaksanakan pengesanan ketat di kawasan festival.
Beliau berkata, langkah tersebut termasuk penggunaan anjing pengesan bagi memperkukuh tahap keselamatan serta memastikan proses tapisan masuk dilaksanakan dengan lebih rapi sepanjang penganjuran berlangsung.
Oleh Norman B