Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vietnam denda pengguna media sosial sebar berita palsu mulai 1 Julai
  • GLOBAL

Vietnam denda pengguna media sosial sebar berita palsu mulai 1 Julai

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto janaan AI

HANOI: Vietnam akan mengenakan denda antara 20 juta hingga 30 juta dong Vietnam (kira-kira AS$794 hingga AS$1,190) ke atas individu yang menyalurkan atau berkongsi maklumat palsu, salah, diputar belit atau fitnah di media sosial yang menjejaskan reputasi agensi dan organisasi atau kehormatan dan maruah individu, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Nhan Tuday.

Penalti yang sama juga akan dikenakan atas kesalahan seperti berkongsi imej grafik yang menggambarkan pembunuhan, keganasan, kemalangan atau adegan lain yang mengganggu, atau mengedarkan karya jurnalistik, sastera atau artistik berhak cipta tanpa kebenaran.

Undang-undang itu juga meliputi mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang dilarang, menyiarkan peta Vietnam yang memberi gambaran salah tentang kedaulatan negara, dan berkongsi pautan ke kandungan dalam talian yang diharamkan di bawah undang-undang Vietnam, menurut laporan itu.

Dasar berkenaan akan dimasukkan ke dalam dekri kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2026. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Korea Selatan mula perkenal penentusahan wajah bagi pendaftaran telefon bimbit baharu bulan depan
Next: Lebih 1,000 dron dikesan sejak Piala Dunia bermula – FBI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.