Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program ‘Talk To Us’ perkukuh kerjasama polis dan komuniti cegah jenayah di Lubok Antu
  • Tengah
  • WILAYAH

Program ‘Talk To Us’ perkukuh kerjasama polis dan komuniti cegah jenayah di Lubok Antu

Utusan Sarawak 1 day ago
BALAI Polis Lubok Antu telah menganjurkan Program “Talk To Us” yang diadakan di Stesen Minyak Petron Lubok Antu, dekat sini kelmarin. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat menerusi penganjuran Program “Talk To Us” yang diadakan di Stesen Minyak Petron Lubok Antu sebagai platform mendekatkan polis dengan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan jenayah.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, program yang berlangsung dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu dikendalikan oleh anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK).

Program tersebut disertai oleh Koperal Justin Nuli, Lans Koperal Muhammad Aminnuddin Zainal Abidin dan Konstabel Aziq Zulfikri Abdul Rajak yang berinteraksi secara langsung dengan orang ramai.

Sepanjang program berlangsung, anggota polis memberi penerangan mengenai fungsi National Scam Response Centre (NSRC) menerusi talian 997 sebagai saluran segera bagi membantu mangsa penipuan kewangan.

Selain itu, orang ramai turut diperkenalkan dengan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang membolehkan masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah secara lebih pantas kepada pihak polis.

Anggota polis juga menyampaikan pelbagai nasihat berkaitan pencegahan jenayah komersial, jenayah seksual, jenayah narkotik serta langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian curi dan penyeluk saku.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai individu yang tidak dikenali bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan.

Program itu turut menyediakan ruang kepada penduduk setempat untuk mengemukakan sebarang isu atau permasalahan berkaitan keselamatan di kawasan masing-masing.

Menurut kenyataan tersebut, tiada sebarang aduan diterima daripada masyarakat sepanjang program berlangsung.

Bagaimanapun, program berkenaan berjaya menarik penyertaan seorang ahli baharu yang mendaftar sebagai pengguna aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Masyarakat setempat menyambut baik penganjuran Program “Talk To Us” dan berharap inisiatif seumpama itu dapat diteruskan secara berkala di seluruh kawasan Daerah Lubok Antu dan Engkilili bagi memperkukuh kerjasama antara polis dan komuniti dalam usaha membanteras jenayah.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, program itu berakhir dengan lancar serta berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkasakan penglibatan masyarakat bersama PDRM ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha perangi dadah perlu komitmen berterusan demi masa depan negara
Next: Siang-Siang FC juarai kejohanan bola sepak Irau Aco Lun Bawang 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.