Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong harga minyak rendah
  • BISNES

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong harga minyak rendah

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang tempatan terus mendapat sokongan yang baik daripada harga minyak mentah yang rendah.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0855/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0860/0910 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah West Texas Intermediate dan Brent, masing-masing berada pada AS$69.87 setong dan AS$72.46 setong manakala Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijangka meneruskan rundingan mereka.

“Kapal terus melalui Selat Hormuz menunjukkan bahawa kekurangan minyak dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Sehubungan itu, dolar AS/ringgit dijangka berada pada RM4.08 hingga RM4.10 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.3929/4054 daripada 5.4013/4079 semasa ditutup pada Jumaat lepas, naik berbanding euro kepada 4.6526/6634 daripada 4.6605/6662 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.5258/5318 daripada 2.5283/5316 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1560/1639 daripada 3.1581/1625 semasa ditutup pada Jumaat lepas, hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.6 daripada 227.9/228.3 dan mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.66/6.68 daripada 6.66/6.67.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.2284/2627 daripada 12.2445/2643 sebelum ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi dipacu aktiviti belian pada harga rendah
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum catat penurunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.