KUCHING: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) semalam menerima dana RM20 juta daripada kerajaan Sarawak.
Penyampaian dana telah disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi AbangJohari Tun Openg kepada Presiden DUBS, Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tingkat 22 Bangunan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, pagi semalam.
DUBS telah ditubuhkan pada Januari 1986 dengan objektif menyatupadukan peniaga dan pengusaha Bumiputera untuk kepentingan dan faedah Ekonomi Bumiputera Sarawak.
Penyerahan dana tersebut adalah bertujuan bagi kegunaan projek pembangunan baru tanah di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.
Terdahulu, Abang Johari telah mendengar sesi Taklimat Dewan Usahawan Bumiputera oleh Abang Helmi.
Turut hadir, Timbalan Presiden Zawawi Embong serta tetamu kenamaan yang lain.