Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Laluan Bintulu–Kuala Lumpur tambah dua penerbangan harian mulai 20 Julai ini
  • NASIONAL

Laluan Bintulu–Kuala Lumpur tambah dua penerbangan harian mulai 20 Julai ini

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing mengumumkan penambahan kekerapan penerbangan Batik Air bagi laluan Bintulu–Kuala Lumpur kepada dua kali sehari bermula 20 Julai ini.

BINTULU: Laluan penerbangan Bintulu–Kuala Lumpur akan ditambah kepada dua kali sehari bermula 20 Julai ini, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang serta membantu mengatasi isu kekurangan penerbangan dan kenaikan harga tiket yang menjadi rungutan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, penambahan itu berjaya direalisasikan hasil perbincangan dan penyelarasan bersama syarikat penerbangan Batik Air.

Menurut beliau, bermula tarikh tersebut, Batik Air akan mengendalikan dua penerbangan harian dua hala bagi laluan berkenaan.

“Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bintulu dijadualkan pada 10.00 pagi dan 2.30 petang, manakala penerbangan dari Bintulu ke Kuala Lumpur pula pada 1.10 petang dan 5.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, pengurangan penerbangan serta kenaikan harga tiket sebelum ini telah menimbulkan banyak rungutan dalam kalangan masyarakat.

“Pada asalnya, saya berusaha mendapatkan dua penerbangan tambahan setiap hari. Namun selepas rundingan, syarikat penerbangan bersetuju melaksanakan satu penerbangan tambahan secara tetap terlebih dahulu, selain menyesuaikan kapasiti dan jadual penerbangan mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya permintaan penumpang terus meningkat, syarikat penerbangan tidak menolak kemungkinan menambah satu lagi penerbangan harian, sekali gus menjadikan kekerapan sehingga tiga kali sehari.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, perkembangan pesat ekonomi di kawasan itu telah meningkatkan keperluan perjalanan bagi tujuan perniagaan, pendidikan, rawatan perubatan dan pelancongan, sekali gus menjadikan keperluan terhadap kekerapan penerbangan dan harga tiket berpatutan semakin mendesak.

Katanya, perkara itu telah dibangkitkan kepada pihak syarikat penerbangan dan menerima maklum balas positif.

Dalam pada itu, beliau menggesa syarikat penerbangan memastikan operasi kekal stabil walaupun kekerapan penerbangan ditambah, selain mengelakkan pembatalan atau perubahan jadual saat akhir yang boleh menjejaskan perancangan penumpang.

Beliau turut berharap harga tiket dapat dikekalkan pada kadar munasabah mengikut keadaan pasaran bagi mengurangkan beban kewangan rakyat yang kerap berulang-alik antara Bintulu dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, kestabilan harga tiket bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah mampu merangsang pertumbuhan jumlah penumpang serta mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

Tiong menegaskan bahawa usaha menambah baik perkhidmatan penerbangan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, syarikat penerbangan dan pihak berkaitan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Apa yang paling diharapkan rakyat ialah lebih banyak pilihan penerbangan dan harga tiket yang munasabah. Penambahan ini bukan sahaja mengurangkan masalah kekurangan penerbangan, malah memudahkan perjalanan penduduk Bintulu ke Semenanjung serta destinasi lain dalam negara,” katanya.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Arab Saudi kagum, sedia contohi silibus pengakap Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.