Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Limbang dan Lawas berpotensi menjadi bandar rentas sempadan
  • Utara
  • WILAYAH

Limbang dan Lawas berpotensi menjadi bandar rentas sempadan

Utusan Sarawak 7 hours ago
RANCANG PEMBANGUNAN…Dr Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Pesta Jeti Santaba 2026 di Jeti Santaba Kampung Patiambun Limbang.

LIMBANG: Kedudukan dua daerah yang bersempadan dengan negeri dan negara jiran akan dimanfaatkan menerusi pembangunan sebagai bandar rentas sempadan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Abdul Rahman Ismail berkata, satu kajian akan dibuat bagi mengenal pasti pendekatan strategik untuk membangunkan bandar-bandar rentas sempadan di utara Sarawak, dengan mengambil contoh model pembangunan bandar sempadan Győr di Hungary.

“Saya baru pulang dari tiga negara Eropah, iaitu Hungary, Slovakia dan Austria, bagi mengikuti rombongan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Tujuan lawatan kajian tersebut adalah untuk meneliti pembangunan bandar-bandar rentas sempadan. Limbang dan Lawas merupakan bandar sempadan di utara Sarawak yang bersempadan dengan Brunei Darussalam, Kalimantan serta negeri Sabah.

“Sehubungan itu, kita akan menyediakan satu pelan kajian pembangunan bandar sempadan bagi Limbang dan Lawas untuk tempoh sehingga tahun 2035,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Jeti Santaba 2026 di Jeti Santaba, Kampung Patiambun, hari ini.

RANCANG PEMBANGUNAN…Dr Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Pesta Jeti Santaba 2026 di Jeti Santaba Kampung Patiambun Limbang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, pembangunan Limbang dan Lawas sebagai bandar sempadan moden yang mempunyai hubungan strategik dengan negara jiran akan memperkukuh integrasi serantau, selain menyokong agenda pembangunan Sarawak.

Pada masa yang sama, katanya, Limbang turut mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan menerusi pembangunan Tebingan Sungai Limbang yang merupakan antara tebingan sungai terpanjang di Sarawak, selain Tebingan Sungai Medamit dan Tebingan Sungai Rangau.

Beliau berkata, Sarawak amat berminat mempelajari bagaimana bandar Győr berkembang sebagai sebuah bandar ekonomi rentas sempadan, khususnya dalam aspek pembangunan industri, pertumbuhan bandar, mobiliti, pembangunan tenaga kerja dan kesalinghubungan serantau.

Turut hadir ialah wakil Residen Bahagian Limbang Rozita Kulai, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Ketua Kampung Patiambun Najib Osman.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja eratkan silaturahim, semai semangat perpaduan
Next: Literasi kewangan benteng utama lindungi komuniti luar bandar daripada penipuan siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.