Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja eratkan silaturahim, semai semangat perpaduan
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja eratkan silaturahim, semai semangat perpaduan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Majang Renggi sedang menyampaikan ucapan ketika merasmikan Program Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja anjuran Persekutuan Lelaki Gereja St. Thomas di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Program Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja anjuran Persekutuan Lelaki Gereja St. Thomas, Bintulu menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta menyemai perpaduan dalam kalangan komuniti Anglikan di Sarawak.

Program yang berlangsung di Dewan Suarah Bintulu itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Majang Renggi.

Dalam ucapannya, Datuk Majang merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan untuk merasmikan program berkenaan, sambil menyifatkan inisiatif Persekutuan Lelaki Gereja St. Thomas sebagai usaha murni yang wajar dipuji kerana berjaya menghimpunkan komuniti daripada pelbagai gereja.

Beliau berkata aktiviti sukan bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi medium terbaik untuk membina semangat persaudaraan, memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

“Menerusi aktiviti sukan, kita dapat membina semangat persaudaraan, kesihatan dan perpaduan. Program seperti ini memberi peluang kepada kita untuk keluar daripada rutin harian, berinteraksi dalam suasana yang riang dan pada masa yang sama memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti,” katanya.

DATUK Majang Renggi menceriakan suasana apabila turut mengambil bahagian dalam acara slingshot bersama peserta Program Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja anjuran Persekutuan Lelaki Gereja St. Thomas di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Menurut beliau, dalam konteks masyarakat majmuk di Sarawak, program seumpama itu menjadi wadah terbaik untuk memperkukuh semangat muhibah dan saling memahami antara satu sama lain.

“Saya percaya bahawa melalui aktiviti sukan, kita dapat merapatkan jurang, memahami antara satu sama lain dan membina jaringan persahabatan yang kukuh,” ujarnya.

Datuk Majang turut memuji komitmen Persekutuan Lelaki Gereja St. Thomas yang terus aktif menganjurkan program berimpak positif kepada masyarakat.

“Ini menunjukkan bahawa komuniti gereja di Bintulu terus aktif dalam pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti di samping mengutamakan hal ehwal kerohanian,” katanya.

Beliau turut berharap semua peserta bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi serta menjadikan persahabatan sebagai matlamat utama penganjuran program.

KENANGAN bersama Datuk Majang Renggi dan peserta Program Hari Sukan Antara Persekutuan Lelaki Gereja anjuran Persekutuan Lelaki Gereja St. Thomas Bintulu yang menghimpunkan komuniti Persekutuan Lelaki Gereja dari beberapa gereja di Sarawak.

“Saya berharap semua peserta akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan, menghormati lawan dan mengutamakan persahabatan di atas segala-galanya. Ingatlah bahawa matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan membina perpaduan,” katanya lagi.

Program dimulakan dengan doa pembukaan, diikuti ucapan alu-aluan daripada pengerusi penganjur sebelum majlis perasmian, simbolik perasmian serta penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.

Pelbagai acara sukan dipertandingkan sepanjang program antaranya menyumpit, dart, slingshot dan tarik tali, selain sesi senamrobik serta jamuan ringan yang memberi peluang kepada peserta berinteraksi dalam suasana mesra.

Program tersebut menghimpunkan penyertaan Persekutuan Lelaki daripada beberapa gereja termasuk Gereja St. Thomas Bintulu, St. John Sibu, Pusat Lanjutan Sibu Jaya, St. James Bintangor, St. Alban Sarikei dan Pusat Misi Gereja Anglikan Kapit.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek ALAF Fasa 5 bakal salur bekalan elektrik ke Rumah Linan
Next: Limbang dan Lawas berpotensi menjadi bandar rentas sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.