Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kapit bakal jadi hab ekonomi rendah karbon Sarawak
  • TEMPATAN

Kapit bakal jadi hab ekonomi rendah karbon Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
ABANG Johari merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Kapit di sini, hari ini.

KAPIT: Kapit bakal dibangunkan sebagai bandar hijau berteraskan ekonomi rendah karbon menerusi pelan pembangunan baharu yang memberi penekanan kepada kelestarian alam sekitar, tenaga hijau dan infrastruktur moden.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak sedang mengkaji semula pelan pembangunan Kapit dengan mengambil inspirasi daripada model bandar lestari di Norway, termasuk cadangan membangunkan sebuah bandar hijau di seberang Sungai Rajang yang akan dihubungkan dengan sebuah jambatan baharu.

“Kita mahu Kapit menjadi bandar yang lestari alam sekitar dengan pembangunan terancang serta memberi kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Kapit di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, pembangunan itu akan disokong oleh pengukuhan rangkaian jalan raya, termasuk pengambilalihan kira-kira 1,700 kilometer jalan balak di Bahagian Kapit oleh kerajaan Sarawak untuk dinaik taraf secara berperingkat dan dibuka kepada kegunaan awam tanpa bayaran.

“Langkah itu akan meningkatkan hubungan antara kawasan pedalaman dengan rangkaian jalan utama sekali gus merancakkan pembangunan sosioekonomi,” katanya.

Menurutnya, Kapit juga akan terus memainkan peranan penting dalam agenda tenaga hijau Sarawak menerusi potensi besar tenaga hidro, solar dan hidrogen yang menjadi asas kepada ekonomi rendah karbon negeri.

Menyentuh Program SKS, Abang Johari berkata program itu menjadi platform komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat bagi mendapatkan maklum balas secara langsung yang akan dijadikan asas dalam merangka dasar pembangunan negeri.

Katanya, maklum balas yang diterima sepanjang program itu meliputi aspek kesihatan, pendidikan serta peluang melanjutkan pengajian menerusi inisiatif Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak.

Beliau berkata kerajaan Sarawak akan terus meningkatkan hasil negeri bagi membiayai pembangunan strategik, termasuk menaik taraf infrastruktur luar bandar, memperkukuh modal insan serta memperluaskan ekonomi berasaskan teknologi dan tenaga hijau menjelang 2030.

Turut hadir ialah dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Bukit Goram Datuk Jefferson Jamit Unyat dan yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB tegur Dapsy terus putar belit isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu
Next: Sarawak pacu ekonomi hijau, AI capai matlamat PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.