Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Bidai perkukuh perpaduan masyarakat Dayak
  • Utara
  • WILAYAH

Ngiling Bidai perkukuh perpaduan masyarakat Dayak

Utusan Sarawak 9 hours ago
MIRING… Datuk Rosey Yunus ketika menyaksikan upacara miring sempena sambutan Ngiling Bidai 2026 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Zon Niah dan Jawatankuasa Khas Pembangunan Zon Saeh di Dewan Terbuka Sepupok semalam.

NIAH: Sambutan Ngiling Bidai 2026 disambut dengan meriah apabila komuniti Dayak yang berada di sekitar Niah hadir untuk memeriahkan acara penutupan sambutan Gawai Dayak di sini, semalam.

Ngiling Bidai bukan sekadar acara kebudayaan, malah menjadi simbol kesyukuran, permohonan keberkatan serta harapan agar masyarakat terus menikmati kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata demikian pada sambutan Ngiling Bidai 2026 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Zon Niah dan Jawatankuasa Khas Pembangunan Zon Saeh di Dewan Terbuka Sepupok, semalam.

Beliau berkata golongan belia disarankan agar menghargai warisan budaya di samping menuntut ilmu kerana pendidikan merupakan kunci kepada kemajuan diri, masyarakat dan negeri.

“Saya berharap semangat perpaduan yang dipupuk menerusi sambutan Ngiling Bidai akan terus memperkukuh pembangunan Sarawak selaras dengan aspirasi ‘Bersatu dalam Pemansang’.

TUTUP GAWAI… Datuk Rosey Yunus dan Dato Lukanisman mengangkat tikar sebagai tanda melabuhkan tirai sambutan Gawai Dayak yang diraikan sepanjang sebulan ini di Dewan Terbuka Sepupok, semalam.

“Bersyukur kerana malam ini saya dapat bersama dengan penduduk tempatan masyarakat untuk meraikan acara yang menjadi lambang perpaduan dan kekuatan komuniti Dayak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata semangat perpaduan yang dinikmati rakyat Sarawak hari ini perlu terus dipertahankan kerana terdapat pihak tertentu yang sentiasa cuba mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan masyarakat melalui fitnah dan hasutan.

“Kita perlu sentiasa berwaspada. Jika perpaduan dan keharmonian ini tergugat, yang akan rugi bukan orang lain, tetapi rakyat dan negeri Sarawak sendiri.

“Rakyat perlu terus mengekalkan kestabilan politik dan menyokong agenda pembangunan negeri demi memastikan lebih banyak manfaat dapat disalurkan kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni, serta ketua-ketua masyarakat dan kaum dari kawasan Saeh dan Niah.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perangi dadah, kekalkan integriti dan manfaatkan AI jadi fokus IPD Saratok
Next: Projek Jalan Teku–Pasai Siong dahului jadual, capai 25.5 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.