Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perangi dadah, kekalkan integriti dan manfaatkan AI jadi fokus IPD Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Perangi dadah, kekalkan integriti dan manfaatkan AI jadi fokus IPD Saratok

Utusan Sarawak 9 hours ago
MAJLIS Perhimpunan Bulanan IPD Saratok bagi Jun 2026 yang berlangsung di Padang Kawad IPD Saratok, di sini semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, memperkukuh integriti warga pasukan serta memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan harian menjadi antara fokus utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata keutamaan ketika ini ialah mempergiat operasi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di seluruh Daerah Saratok memandangkan ancaman tersebut bukan sahaja merosakkan individu, malah memberi kesan besar kepada keselamatan masyarakat.

Beliau berkata semua bahagian di IPD Saratok perlu memperhebat operasi, risikan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi mengekang kegiatan berkaitan dadah.

“Pada masa yang sama, setiap pegawai dan anggota perlu memastikan indeks jenayah terus menunjukkan penurunan melalui tindakan pencegahan yang proaktif, rondaan yang berkesan serta kehadiran polis yang sentiasa dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Saratok bagi Jun 2026 yang berlangsung di Padang Kawad IPD Saratok, di sini semalam.

DSP Mathew turut mengingatkan semua pegawai dan anggota supaya sentiasa mengekalkan disiplin serta integriti yang tinggi, selain mengelakkan sebarang perlakuan rasuah atau perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang kerana ia boleh mencemarkan nama baik pasukan.

ANTARA anggota dan pegawai IPD Saratok yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. Foto IPD Saratok

Menurut beliau, integriti merupakan asas kepada kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala setiap tindakan warga pasukan mencerminkan imej keseluruhan organisasi.

Beliau turut menyeru seluruh warga kerja IPD Saratok memperkukuh semangat kerja berpasukan, saling menghormati dan membantu tanpa mengira pangkat atau jawatan bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam pada itu, DSP Mathew menggalakkan warga kerja IPD Saratok menjadi lebih celik teknologi maklumat dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan AI bagi membantu penyediaan laporan, analisis data, penyelidikan, taklimat serta urusan pentadbiran dengan lebih pantas dan berkesan, namun penggunaannya hendaklah sentiasa mematuhi dasar keselamatan maklumat serta menjaga kerahsiaan data rasmi PDRM.

Pada majlis itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada 10 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025, sambil berharap pengiktirafan tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja IPD Saratok untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan masyarakat.

Majlis perhimpunan yang dihadiri lapan Pegawai Kanan Polis, 75 Pegawai Rendah Polis dan 29 pegawai awam itu diadakan bagi menyampaikan amanat serta arahan terkini pucuk pimpinan PDRM selain menghargai kecemerlangan warga kerja IPD Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP RM50,000 Taman Mei Lee selesai, diserah kepada MPP
Next: Ngiling Bidai perkukuh perpaduan masyarakat Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.