Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pendaki Perancis maut, dua hilang dalam eskpedisi ke-6 di Pakistan
  • GLOBAL

Pendaki Perancis maut, dua hilang dalam eskpedisi ke-6 di Pakistan

Utusan Sarawak 12 hours ago
SEORANG pendaki Perancis maut manakala dua lagi dilaporkan hilang selepas runtuhan salji melanda ekspedisi pendakian Gunung K-6 di Pakistan.

KARACHI, Pakistan: Seorang pendaki Perancis maut selepas terperangkap dalam runtuhan salji ketika cuba mendaki gunung K-6 setinggi 7,282 meter (m) di wilayah Gilgit-Baltistan utara Pakistan, agensi pendakian rasmi negara itu mengesahkan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Guillaume Pierrel, 41, salah seorang daripada tiga anggota pasukan pendaki asing yang cuba mendaki K-6 di daerah Ghanche yang indah di Gilgit-Baltistan, Naib Presiden Kelab Alpine Pakistan Karar Haidri memberitahu Anadolu.

Runtuhan salji melanda pada ketinggian kira-kira 5,000m. Pierrel meninggal dunia serta-merta, manakala dua lagi pendaki, Boris Jule dari Perancis dan Christina Maria dari Switzerland, hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat telah dikerahkan untuk mendapatkan mayat Pierrel dan mencari dua pendaki yang hilang.

Wilayah Gilgit-Baltistan, yang bersempadan dengan China, menempatkan lima daripada 14 puncak dunia melebihi 8,000m, termasuk K2, di mana kemalangan bukanlah sesuatu yang pelik. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Anak Puteri Mahkota Norway rayu sabitan kes rogol
Next: Venezuela isytihar darurat susulan gempa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.