Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak Puteri Mahkota Norway rayu sabitan kes rogol
  • GLOBAL

Anak Puteri Mahkota Norway rayu sabitan kes rogol

Utusan Sarawak 11 hours ago

STOCKHOLM: Marius Borg Hoiby, 29, anak sulung kepada Puteri Mahkota Norway Mette-Marit, secara rasmi mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dijatuhkan ke atasnya minggu lepas, kata peguamnya kepada agensi berita Norway NTB pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Mahkamah Oslo menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Hoiby atas 34 kesalahan. Hoiby mencabar sabitan terhadap dua pertuduhan rogol serta satu sabitan berkaitan penderaan semasa menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya.

Hoiby didakwa atas empat pertuduhan rogol tetapi hanya disabitkan dalam dua kes.

Menurut laporan media Norway, perbicaraan rayuan itu mungkin hanya akan berlangsung tahun depan.

Hoiby ditahan sejak awal Februari dan sebelum ini memohon untuk dibebaskan dengan alasan ibunya, Puteri Mahkota Mette-Marit, menghidap penyakit paru-paru serius. Permohonan terkininya dikemukakan sejurus selepas keputusan mahkamah minggu lepas, namun ditolak.

Peguamnya memberitahu akhbar Aftenposten pada Rabu bahawa Hoiby tidak akan merayu keputusan itu dan menerima hakikat bahawa beliau akan terus ditahan sementara menunggu proses perundangan selanjutnya.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 6.9 gegar utara Jepun, tiada amaran tsunami
Next: Pendaki Perancis maut, dua hilang dalam eskpedisi ke-6 di Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.