Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 30,488 pelajar baharu mendaftar di politeknik bagi sesi 1 2026/2027 – Zambry
  • PENDIDIKAN

30,488 pelajar baharu mendaftar di politeknik bagi sesi 1 2026/2027 – Zambry

Utusan Sarawak 4 hours ago
ZAMBRY Abdul Kadir menyifatkan pendaftaran politeknik menunjukkan peningkatan keyakinan terhadap sistem TVET.

PUTRAJAYA: Sebanyak 30,488 pelajar baharu mendaftar di politeknik di seluruh negara bagi sesi 1 2026/2027, semalam yang merekodkan pencapaian melebihi 125 peratus.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pendaftaran politeknik mencatat respons menggalakkan yang memberikan petunjuk bahawa keyakinan masyarakat terhadap sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin meningkat.

“Setakat semalam, ketika pendaftaran ditutup pada 5.00 petang, sebanyak 30,488 pelajar baharu politeknik mendaftar di seluruh negara dan kita dapati, ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan melebihi 125 peratus.

“Ya, bukan hanya 100 peratus kerana kebiasaannya apabila satu jumlah ditawarkan, ia bergantung pada respons daripada mereka, tetapi pada kali ini, kita dapati respons yang sangat menggalakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pendaftaran pelajar baharu politeknik untuk sesi 1 2026/2027 itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang begitu baik daripada ibu bapa. 

Berikutan peningkatan mendadak itu, Zambry berkata Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Shamsuri Abdullah dimaklumkan untuk mengambil langkah segera berkaitan penempatan dan hal berkaitan.

GAMBAR hiasan. Foto: Janaan AI

“Pendaftaran melepasi 30,000 orang kesemuanya, maka secara tidak langsung ia juga memberikan sedikit sebanyak kesulitan kepada para pelajar kita yang datang mendaftar.

“Hal ini termasuklah dalam soal penyediaan tempat tinggal mereka dan saya telah pun maklumkan dengan Ketua Pengarah supaya langkah-langkah segera diambil bagi membantu pelajar untuk mendapat penempatan yang selesa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk menambah bilangan kursus pada peringkat ijazah di politeknik. 

“Baru-baru ini, kita mengumumkan sebanyak lima politeknik dinaik taraf bagi menawarkan program-program peringkat ijazah dan kita harap program bidang teknikal ini akan mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata sebanyak 102 kolej komuniti sedang melaksanakan proses pendaftaran pelajar baharu bagi tempoh 22 hingga 25 Jun ini. – Bernama

Berita penuh sila klik pautan di bawah:

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SCIENCE 8 dedah pelajar Sarawak kepada teknologi automotif dan AI
Next: Pelajar digesa rebut peluang pendidikan percuma di IPT milik Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.