Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Vaksinasi anggota bomba perlu dipercepat
  • TEMPATAN

Vaksinasi anggota bomba perlu dipercepat

Utusan Sarawak 4 years ago
PENERANGAN… Khirudin Drahman (tengah) memberi penerangan maklumat berkaitan kepada calon yang layak bagi pengambilan pegawai KB19, KB29 dan KB41 2021 di Sarawak.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meminta agar kesemua anggota bomba di negeri ini diberikan suntikan dos pertama vaksin Pfizer dengan kadar segera.

Pengarahnya, Khirudin Drahman berkata, ia bagi melancarkan operasi yang dilaksanakan anggota terutama mereka yang sentiasa dikerah ke hadapan ketika berlaku kecemasan.

“Sebagai petugas yang sentiasa berurusan dengan kes kecemasan melibatkan sentuhan dengan orang awam, saya berharap agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mempertimbangkan permohonan ini.

“Ini kerana, kita tidak mahu keyakinan mangsa dan anggota mengenai keselamatan mereka terjejas disebabkan masih ada anggota yang belum menerima suntikan tersebut,” katanya pada Program Pengambilan Rekrut Bomba Baharu di sini, semalam.

Tambah beliau, daripada jumlah keseluruhan seramai 1,231 anggota bomba di Sarawak hanya 541 anggota yang telah menerima suntikan dos pertama setakat ini.

Berhubung Pengambilan Pegawai Bomba KB19, beliau berkata, keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menggugurkan beberapa ujian seperti angkat berat, memanjat tali dan menjulang tangga amat wajar dilakukan.

“Jika kita lihat temuduga sebelum ini, ramai calon yang berpotensi gagal ujian pertama kali. Kalau dilihat dari segi proses latihan itu sendiri, perkara ini boleh dibina semasa latihan itu sendiri.

“Apabila berlakunya Covid-19 ini, mungkin ada hikmahnya SPA telah menggugurkan elemen ini dan diganti dengan elemen stamina.

Katanya, ini akan memudahkan calon yang berpotensi untuk lulus kerana kesemua elemen yang digugurkan boleh digilap menerusi proses latihan nanti.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Berita baik buat penduduk kampung
Next: Mencarta sistem pengangkutan yang mesra-alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.