Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan dihukum penjara 25 tahun berhubung undang-undang tentera
  • GLOBAL

Bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan dihukum penjara 25 tahun berhubung undang-undang tentera

Utusan Sarawak 6 hours ago
BEKAS Menteri Kehakiman Korea Selatan, Park Sung-jae

SEOUL: Bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan, Park Sung-jae dijatuhi hukuman penjara 25 tahun semalam selepas mahkamah mendapati beliau memainkan peranan penting dalam pemberontakan menerusi penglibatannya dalam percubaan bekas Presiden Yoon Suk Yeol melaksanakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhkan hukuman itu, melebihi hukuman penjara 20 tahun yang dituntut pasukan peguam khas diketuai Cho Eun-suk.

Mahkamah turut mengarahkan Park ditahan serta-merta atas kebimbangan beliau berkemungkinan memusnahkan bukti.

Park sebelum ini didakwa atas tuduhan memainkan peranan utama dalam pemberontakan serta menyalahgunakan kuasa selepas memanggil mesyuarat pegawai kanan kementerian susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon pada 3 Disember 2024.

Mahkamah mensabitkan beliau atas kedua-dua pertuduhan itu dan menerima hujah pihak pendakwa bahawa mesyuarat berkenaan diadakan untuk meneliti penempatan pendakwa raya ke sebuah badan yang menyokong pelaksanaan undang-undang tentera, menilai kapasiti pusat tahanan bagi menempatkan ahli politik dan tokoh penting yang dijangka ditahan di bawah perintah itu, serta mengarahkan pegawai kementerian yang bertanggungjawab terhadap larangan perjalanan supaya melapor diri untuk bertugas.

“Defendan membelakangi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Perlembagaan apabila melihat kemungkinan pemberontakan itu berjaya, memilih untuk turut serta dalam pelaksanaannya,” menurut mahkamah.

Park merupakan antara beberapa anggota Kabinet Yoon yang telah disabitkan kesalahan kerana memainkan peranan penting dalam pemberontakan, termasuk bekas Perdana Menteri Han Duck-soo dan bekas Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Pada Februari lalu, Yoon dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengetuai pemberontakan menerusi pelaksanaan singkat undang-undang tentera. Beliau telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Peguam Park berkata, mereka akan segera mengemukakan rayuan, sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “penghakiman yang tidak disokong fakta atau prinsip undang-undang”.

Bagaimanapun, pasukan peguam khas berpandangan penghakiman itu telah memperjelaskan tanggungjawab seorang menteri kehakiman untuk menghalang pengisytiharan undang-undang tentera yang menyalahi undang-undang serta mempertahankan perlembagaan, sekali gus menjadikan rayuan oleh pihak pendakwa tidak mungkin dilakukan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Letupan di stesen pengagihan gas di Qatar ragut 13 nyawa, 66 cedera – Pihak berkuasa
Next: Pekerja Piala Dunia maut dilanggar ketika berjalan pulang dari Stadium SoFi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.