Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Letupan, kebakaran di kemudahan gas di Qatar
  • GLOBAL

Letupan, kebakaran di kemudahan gas di Qatar

Utusan Sarawak 14 hours ago
INSIDEN letupan di sebuah kemudahan gas di Bandar Perindustrian Ras Laffan, Qatar mengakibatkan beberapa kecederaan, namun tiada ancaman kepada keselamatan awam. Foto AGENSI

ISTANBUL: Insiden letupan di sebuah kemudahan gas di Bandar Perindustrian Ras Laffan, Qatar mengakibatkan beberapa orang cedera susulan kerosakan teknikal semasa operasi, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Anadolu Ajansi melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri Qatar dalam satu kenyataan berkata insiden itu berlaku di sebuah kilang di kawasan perindustrian berkenaan dan tidak menyebabkan sebarang kebocoran berbahaya yang mengancam keselamatan awam.

Kementerian memaklumkan bahawa pihak berkuasa berkaitan masih meneruskan usaha menangani insiden berkenaan.

Sementara itu, QatarEnergy berkata letupan dan kebakaran di kemudahan bekalan gas tempatan Barzan berlaku semasa operasi permulaan dijalankan pada waktu petang.

Syarikat itu berkata pasukan tindak balas kecemasan berjaya mengawal kebakaran dan berjanji akan mengeluarkan maklumat lanjut sebaik sahaja tersedia.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Ratusan perenang desak penamatan larangan berenang di Sungai Spree, Berlin
Next: Enam terkorban dalam nahas pesawat tentera Bolivia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.