Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JAKKSA sumbang kerusi roda bagi kegunaan pesakit Hospital Sri Aman II
  • Selatan
  • WILAYAH

JAKKSA sumbang kerusi roda bagi kegunaan pesakit Hospital Sri Aman II

Utusan Sarawak 7 hours ago
GERALD Empaling pada majlis penyerahan ringkas sumbangan kerusi roda yang berlangsung di pekarangan Hospital Sri Aman II, semalam. Foto: JAKKSA

SIMANGGANG: Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA) terus memperkukuh komitmen murninya dalam menabur bakti demi memastikan kesejahteraan serta kebajikan masyarakat setempat di Bahagian Sri Aman sentiasa terbela.

​Langkah proaktif itu dizahirkan menerusi inisiatif kebajikan terbaharu mereka yang tampil menghulurkan sumbangan beberapa unit kerusi roda bagi kegunaan para pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Sri Aman II, semalam.

​Pengerusi JAKKSA, Gerald Empaling memberitahu, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jawatankuasa untuk membantu melancarkan urusan harian pesakit, terutamanya mereka yang mengalami masalah pergerakan.

​Menurutnya, penyerahan peralatan sokongan kesihatan itu juga bertujuan bagi menampung kekurangan kemudahan kerusi roda sedia ada di hospital berkenaan berikutan bilangan pesakit yang hadir menerima rawatan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

​”Pihak kami sentiasa prihatin dengan keperluan fasiliti kesihatan tempatan dan disebabkan itu, kami merancang untuk menyumbangkan lebih banyak peralatan keperluan lain bagi kegunaan hospital tersebut pada masa akan datang,” katanya.

​Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan ringkas sumbangan berkenaan yang berlangsung di pekarangan hospital tersebut, semalam.

​Dalam pada itu, Gerald yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang dan bekas majistret, menyeru agar keprihatinan sedemikian dapat dicontohi oleh entiti korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di kawasan itu.

​Ujarnya, penglibatan aktif dan sokongan padu daripada pelbagai pihak luar amat dituntut untuk tampil memberikan sumbangan barangan keperluan asas serta perubatan kepada pihak hospital bagi membantu menampung sebarang kekurangan yang dihadapi.

​Sumbangan bermakna tersebut telah diterima secara rasmi oleh Pengarah Hospital Sri Aman, Dr. Hazwani Mohd Yusop yang hadir bagi pihak pengurusan tertinggi hospital berkenaan.

​Pihak hospital turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan JAKKSA yang sentiasa peka terhadap keperluan komuniti perubatan, sekali gus membantu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitar Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM34.6 juta perkukuh sektor pertanian dan agromakanan di DUN Kalaka
Next: Keselamatan dan kebersihan sungai tanggungjawab bersama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.