Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM34.6 juta perkukuh sektor pertanian dan agromakanan di DUN Kalaka
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan RM34.6 juta perkukuh sektor pertanian dan agromakanan di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 8 hours ago
KAUNSELOR Majid Amit Zainuddin yang mewakili ADUN Kalaka merasmikan Program Latihan Pembangunan Pekebun Kecil Kelapa Sawit anjuran bersama PVATM Cawangan Saratok dan Solidaridad Network (Malaysia) Berhad, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan negeri terus memperkukuh pembangunan sektor pertanian dan agromakanan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) menerusi pelaksanaan projek bernilai RM34.6 juta yang dijangka meningkatkan produktiviti serta daya saing komuniti luar bandar.

Daripada jumlah itu, projek bernilai RM6.6 juta telah siap dilaksanakan, manakala RM28 juta lagi sedang berada dalam fasa pelaksanaan, tender serta penyediaan reka bentuk sebelum diteruskan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pembangunan berterusan itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sektor pertanian kekal mampan dan mampu memenuhi permintaan bekalan makanan yang semakin meningkat.

KAUNSELOR Majid Amit Zainuddin yang mewakili ADUN Kalaka merasmikan Program Latihan Pembangunan Pekebun Kecil Kelapa Sawit anjuran bersama PVATM Cawangan Saratok dan Solidaridad Network (Malaysia) Berhad, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Menurutnya, sektor pertanian termasuk perladangan kelapa sawit merupakan antara tunjang utama pembangunan ekonomi luar bandar dan perlu terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif serta pelaburan strategik.

“Walaupun dunia semakin moden dan berteknologi tinggi, keperluan terhadap bekalan makanan akan sentiasa meningkat. Oleh itu, usaha memperkukuhkan sektor pertanian perlu diberikan perhatian yang berterusan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin ketika merasmikan Program Latihan Pembangunan Pekebun Kecil Kelapa Sawit anjuran bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Saratok dan Solidaridad Network (Malaysia) Berhad, semalam.

KAUNSELOR Majid Amit Zainuddin yang mewakili ADUN Kalaka merasmikan Program Latihan Pembangunan Pekebun Kecil Kelapa Sawit anjuran bersama PVATM Cawangan Saratok dan Solidaridad Network (Malaysia) Berhad, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Mohamad Duri berkata, di bawah BDDA, projek yang telah siap melibatkan kerja menaik taraf jalan ban, pembersihan sistem pengairan serta menaik taraf dan membina pintu air baharu di kawasan skim Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Beliau berkata, sebanyak RM28 juta lagi diperuntukkan bagi projek agromakanan dan utiliti yang kini sedang dilaksanakan, selain tujuh projek tambahan berada di peringkat akhir reka bentuk sebelum ditender pada tahun ini.

Selain itu, peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta setahun turut dimanfaatkan bagi menaik taraf jalan simen ke kawasan kebun serta pembinaan laluan crossover bagi memudahkan pengangkutan hasil pertanian.

Katanya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut melaksanakan projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) berdasarkan permohonan tahunan ADUN termasuk pembinaan jalan pertanian di seluruh kawasan DUN Kalaka.

Beliau berkata, Kementerian Ekonomi pula memberi tumpuan kepada projek menaik taraf jalan pertanian termasuk jalan ban di bawah JPS dan IADA melalui permohonan yang disalurkan menerusi Pusat Khidmat ADUN serta Pejabat Daerah Saratok.

Dalam pada itu, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) terus menyalurkan projek pembangunan komuniti bernilai di bawah RM200,000 yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk rumah panjang dan kampung di kawasan tersebut.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada PVATM Cawangan Saratok dan Solidaridad Network (Malaysia) Berhad atas penganjuran program latihan yang disifatkan mampu membantu pekebun kecil mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan ladang.

Beliau berharap semua projek yang dilaksanakan menerusi pelbagai sumber peruntukan itu dapat memperkukuh sektor pertanian dan agromakanan, sekali gus meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta memacu pembangunan ekonomi luar bandar secara lebih mampan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Rumah Majid bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam, tamat bergantung generator dan solar
Next: JAKKSA sumbang kerusi roda bagi kegunaan pesakit Hospital Sri Aman II

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.