Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 600 sertai Sarawak Scout Eco Run 2026, perkasa kesedaran alam sekitar di Betong
  • SUKAN

Lebih 600 sertai Sarawak Scout Eco Run 2026, perkasa kesedaran alam sekitar di Betong

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENGANJURAN Sarawak Scout Eco Run 2026 di SK Nanga Ajau hari ini berjaya menghimpunkan lebih 600 peserta. Foto: Sarawak Scout Eco Run 2026

BETONG: Penganjuran Sarawak Scout Eco Run 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau hari ini berjaya menghimpunkan lebih 600 peserta sekali gus memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda.

Program yang berlangsung serentak di seluruh Sarawak itu melibatkan penyertaan ahli pengakap, pelajar, guru, ibu bapa dan penduduk setempat, memperlihatkan sokongan berterusan komuniti terhadap inisiatif yang menggabungkan elemen kesihatan, pendidikan dan kelestarian alam sekitar.

Pesuruhjaya Daerah Pengakap Betong, Muhammad Izzuddin Kamarulzaman berkata, sambutan yang diterima pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup aktif semakin meningkat.

PENGANJURAN Sarawak Scout Eco Run 2026 di SK Nanga Ajau hari ini berjaya menghimpunkan lebih 600 peserta. Foto: Sarawak Scout Eco Run 2026

Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kesihatan fizikal, malah berperanan sebagai platform pendidikan tidak formal yang mampu membentuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan peserta.

“Penyertaan lebih 600 peserta mencerminkan komitmen masyarakat dalam menyokong usaha memupuk budaya hidup sihat dan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar. 

“Program seperti ini turut membantu memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan, pertubuhan belia dan komuniti setempat,” katanya selepas program berkenaan hari ini.

PENGANJURAN Sarawak Scout Eco Run 2026 di SK Nanga Ajau hari ini berjaya menghimpunkan lebih 600 peserta. Foto: Sarawak Scout Eco Run 2026

Beliau berkata, Sarawak Scout Eco Run 2026 turut memberi impak positif kepada usaha memperkasakan Pergerakan Pengakap menerusi pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi organisasi itu dalam pembangunan sahsiah generasi muda.

Katanya, penyertaan aktif pelajar dan golongan belia dalam program berkenaan mampu meningkatkan minat terhadap aktiviti kepengakapan yang menekankan nilai kepimpinan, disiplin, semangat kesukarelawanan serta kerja berpasukan.

“Melalui program seperti ini, masyarakat dapat melihat bahawa Pengakap bukan sekadar badan beruniform, sebaliknya sebuah platform pembangunan insan yang membentuk generasi berdaya saing, berintegriti dan mempunyai kesedaran sosial yang tinggi,” katanya.

Program bertemakan Run for Nature, Scout for the Future itu melibatkan larian sejauh tiga kilometer yang dilepaskan oleh Ahli Majlis Pengakap Daerah Betong, Azmi Abdullah.

Selain menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti riadah, program tersebut turut menyokong agenda kelestarian alam sekitar yang menjadi antara fokus utama Pergerakan Pengakap di Sarawak.

Kejayaan penganjuran Sarawak Scout Eco Run 2026 turut dilihat sebagai bukti keberkesanan kerjasama erat antara Pergerakan Pengakap, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, agensi kerajaan serta komuniti dalam melaksanakan program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Dengan sambutan yang semakin menggalakkan setiap tahun, program itu dijangka terus menjadi medium penting dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesihatan, alam sekitar dan pembangunan sahsiah generasi muda di negeri ini.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hakim Danish pamer kebangkitan luar biasa untuk muncul juara GP Czech
Next: Yamal kembali perkuat serangan Sepanyol berdepan Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.