Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rundingan berterusan bawa kejayaan penyerahan Pelabuhan Bintulu – Abang Johari
  • SEMASA

Rundingan berterusan bawa kejayaan penyerahan Pelabuhan Bintulu – Abang Johari

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR sekitar majlis penyerahan cek susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pelabuhan Bintulu hari ini. Foto UKAS

BINTULU: Hubungan kerjasama baik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak terus diperkukuh menerusi pelaksanaan penstrukturan semula pengurusan Pelabuhan Bintulu yang disifatkan sebagai hasil rundingan matang berasaskan persefahaman kedua-dua pihak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa pencapaian tersebut mencerminkan kejayaan pendekatan diplomasi dan perbincangan berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memastikan setiap keputusan yang diambil memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan wilayah.

Menurut beliau, proses penyerahan pengurusan pelabuhan berkenaan dilaksanakan secara terancang melalui siri perbincangan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan dan Sarawak sebelum mencapai kata sepakat.

“Ini adalah hasil kerjasama yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak. Kita berbincang secara matang dan akhirnya mencapai persetujuan demi kepentingan bersama,” katanya pada majlis penyerahan cek susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pelabuhan Bintulu di sini, hari ini.

Abang Johari berkata pelaksanaan penstrukturan semula itu membuktikan bahawa pendekatan rundingan dan persefahaman merupakan asas penting dalam memperkukuh hubungan Persekutuan–negeri, khususnya dalam pengurusan aset strategik negara.

Beliau turut menegaskan bahawa pengambilalihan pengurusan pelabuhan oleh kerajaan negeri akan membolehkan Sarawak merancang pembangunan sektor logistik dan perdagangan dengan lebih efisien, sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi di peringkat serantau.

Pada masa sama, beliau menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama erat ini akan terus diperkukuh dalam pelbagai bidang lain termasuk pelaburan, perdagangan dan pembangunan infrastruktur bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang dan mampan.

Beliau turut menambah bahawa pengukuhan peranan negeri dalam mengurus aset strategik seperti pelabuhan akan memberi kesan langsung kepada peningkatan peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi tempatan.

Katanya, penyerahan itu dilihat sebagai simbol kejayaan model kerjasama Persekutuan–negeri yang matang dan progresif, sekali gus memperkukuh agenda pembangunan negara secara menyeluruh.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan, Sarawak hampir muktamad perjanjian Petronas-Petros – Anwar
Next: Persetujuan Petronas-Petros mesti berteraskan ‘win-win situation’, adil untuk semua – PMX

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.