Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga diesel bersubsidi seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai – Anwar
  • SEMASA

Harga diesel bersubsidi seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai – Anwar

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan cek bernilai RM1.8 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga diesel bersubsidi di seluruh negara kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa Julai ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu akan membolehkan rakyat di Sabah dan Sarawak menikmati kadar yang sama seperti pengguna di Semenanjung menerusi pelaksanaan mekanisme penggunaan MyKad bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang layak.

Menurutnya, penggunaan MyKad akan membantu kerajaan mengurangkan ketirisan subsidi akibat penyeludupan dan penyalahgunaan oleh pihak yang tidak layak, termasuk warga asing.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertukar dokumen Perjanjian Penyempurnaan dan Perjanjian Tiga Pihak berkaitan penukaran status Pelabuhan Bintulu dengan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Penyerahan Cek Susulan Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong, Bintulu, hari ini.

“Harga diesel akan diturunkan kepada RM2.10 seliter dan rakyat Malaysia yang menggunakan MyKad akan menikmati kadar tersebut, sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan ketirisan yang mencecah berbilion ringgit,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan cek susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di sini, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan sebelum ini mengambil pendekatan berhati-hati dalam melaksanakan mekanisme berkenaan di Sabah dan Sarawak memandangkan penggunaan diesel di kedua-dua wilayah ini jauh lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

DATUK Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penyerahan Cek Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong, Bintulu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan sebenar di lapangan bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat yang bergantung kepada diesel untuk urusan harian dan aktiviti ekonomi.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan harga petrol RON95 kekal pada kadar RM1.99 seliter walaupun pasaran tenaga dunia berdepan ketidaktentuan susulan perkembangan geopolitik semasa.

Katanya, langkah penyasaran subsidi dilaksanakan bagi memastikan bantuan kerajaan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

Pada majlis sama, Anwar menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM1.8 bilion oleh kerajaan Sarawak susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Sarawak teliti model pembangunan Vienna untuk perancangan Limbang, Lawas
Next: Penyerahan Pelabuhan Bintulu antara pencapaian signifikan MA63 – Mustapha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.