Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 70 penduduk jayakan gotong-royong, perkukuh perpaduan komuniti di Ward M
  • Tengah
  • WILAYAH

70 penduduk jayakan gotong-royong, perkukuh perpaduan komuniti di Ward M

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESERTA Program Gotong-royong bergambar sebelum memulakan aktiviti pembersihan di sekitar Taman Permai, Sibu hari ini.

SIBU: Semangat kerjasama dan perpaduan komuniti terus diperkukuh apabila kira-kira 70 penduduk setempat menyertai Program Gotong-royong membabitkan kawasan Taman Tasik Permai, Kampung Jeriah dan Kampung Seduan Jaya, hari ini.

Program di bawah Program Kaunselor Penduduk (RCS) Ward M itu melibatkan penyertaan empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), iaitu JKKK Telok Bango, JKKK Batu 15-25 Jalan Oya Sibu, JKKK Batu 6-15 Jalan Oya Sibu serta JKKK Kampung Bahagia Jaya, Sungai Teku.

Pengerusi penganjur yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Aaron Teo berkata, sambutan menggalakkan daripada penduduk mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kesejahteraan kawasan kediaman.

“Program gotong-royong bukan sahaja bertujuan membersihkan persekitaran, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk.

“Program seperti ini turut memupuk semangat bermasyarakat serta menanam nilai keprihatinan terhadap komuniti dan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh peserta membolehkan usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan harmoni dilaksanakan secara bersama.

Selain aktiviti pembersihan kawasan awam, program itu turut membuka ruang kepada penduduk daripada pelbagai kawasan untuk berinteraksi dan mengukuhkan jaringan komuniti.

Teo berharap program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan budaya menjaga kebersihan dan semangat kejiranan terus subur dalam kalangan masyarakat.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pendekatan turun padang perkukuh hubungan wakil rakyat dan rakyat
Next: Medan selera dan inap desa antara tarikan baharu dirancang di Pantai Tanjung Kembang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.