Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jepun belasah Tunisia 4-0 pada perlawanan ke-1,000 Piala Dunia
  • SUKAN

Jepun belasah Tunisia 4-0 pada perlawanan ke-1,000 Piala Dunia

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMAIN penyerang Jepun, #18 Ayase Ueda dan pemain pertahanan Tunisia, #21 Mohamed Ben Hamida berebut bola semasa perlawanan bola sepak Kumpulan F Piala Dunia 2026 antara Tunisia dan Jepun di Stadium Monterrey, Guadalupe, Mexico sebentar tadi. Foto AFP

MONTERREY, Mexico: Jepun meraikan perlawanan ke-1,000 dalam sejarah Piala Dunia dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Tunisia sebentar tadi, sekali gus menghampiri slot ke pusingan 32 terbaik.

Ayase Ueda meledak dua gol manakala Daichi Kamada dan Junya Ito turut mencatat nama sebagai penjaring ketika gergasi Asia itu mengumpul empat mata bersama Belanda di tangga teratas Kumpulan F.

Tunisia, yang dibelasah Sweden 5-1 dalam perlawanan pertama kejohanan, kini tidak lagi berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati.

Skuad Blue Samurai yang seri 2-2 dengan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan F, mengawal permainan sepenuhnya ketika menentang Tunisia di Stadium Monterrey.

Keputusan itu juga menyaksikan permulaan pahit bagi jurulatih baharu Tunisia, Herve Renard, yang dilantik secara tergesa-gesa untuk mengambil alih kempen Piala Dunia selepas Sabri Lamouchi dipecat susulan kekalahan besar kepada Sweden.

PEMAIN penyerang Jepun, #18 Ayase Ueda (kiri) dan pemain pertahanan Tunisia, #03 Montassar Talbi berebut bola semasa perlawanan bola sepak Kumpulan F Piala Dunia 2026 antara Tunisia dan Jepun di Stadium Monterrey, Guadalupe, Mexico sebentar tadi. Foto AFP

Bagaimanapun, pasukan Renard gagal menyaingi Jepun yang jelas lebih unggul dari segi teknikal serta menguasai corak permainan hantaran pantas mereka.

Daichi Kamada membuka jaringan seawal minit keempat selepas menyudahkan gerakan kemas hasil sentuhan Ao Tanaka dan Keito Nakamura dari jarak dekat.

Jepun hampir menggandakan kedudukan beberapa minit kemudian, namun percubaan mereka diselamatkan di atas garisan oleh Dylan Bronn.

Penjaga gol Tunisia, Aymen Dahmen turut beraksi cemerlang apabila menepis beberapa percubaan berbahaya Jepun.

PEMAIN tengah Jepun, #14 Junya Ito (kanan) berebut bola dengan pemain pertahanan Tunisia, #21 Mohamed Ben Hamida dan pemain pertahanan Tunisia, #02 Ali Abdi semasa perlawanan bola sepak Kumpulan F Piala Dunia 2026 antara Tunisia dan Jepun di Stadium Monterrey, Guadalupe, Mexico sebentar tadi. Foto AFP

Namun Jepun akhirnya menggandakan jaringan pada minit ke-31 apabila Ueda memanfaatkan kelekaan benteng Tunisia untuk merembat deras dari luar kawasan penalti ke penjuru bawah gol.

Dominasi Jepun berterusan pada separuh masa kedua apabila Junya Ito menyudahkan hantaran lintang tepat pada minit ke-69 sebelum Ueda melengkapkan kemenangan dengan tandukan pada minit ke-83. — AFP

Continue Reading

Previous: Sepanyol mahu bangkit, Yamal dijangka diturunkan berdepan Arab Saudi
Next: Piala Dunia: Marmoush mahu keluar daripada bayangan Salah sebagai wira Mesir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.