Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,500 sertai Larian Menyelamatkan Nyawa 6.0, kutip dana RM133,000
  • Selatan
  • WILAYAH

Lebih 2,500 sertai Larian Menyelamatkan Nyawa 6.0, kutip dana RM133,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
WILFRED Yap Yau Sin (tengah) bergambar bersama peserta Larian Menyelamatkan Nyawa 6.0 yang dianjurkan PBSMM Cabang Kuching bagi menyokong program kemanusiaan dan khidmat masyarakat.

KUCHING: Lebih 2,500 peserta menyertai program Larian Menyelamatkan Nyawa 6.0 anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Kuching yang berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM133,000 bagi menyokong pelbagai program kemanusiaan dan khidmat masyarakat.

Program tahunan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, hari ini.

Kehadiran Wilfred mewakili Dr. Sim mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyokong usaha kemanusiaan, khidmat masyarakat dan kegiatan kesukarelawanan.

Menurut kenyataannya hari ini, dana yang berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penaja, penyumbang, syarikat korporat, pertubuhan dan orang ramai itu akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan perkhidmatan teras PBSMM Cabang Kuching.

WILFRED Yap Yau Sin ketika menghadiri program Larian Menyelamatkan Nyawa 6.0 anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Kuching hari ini.

“Antaranya termasuk program perekrutan penderma darah, kempen derma darah, kursus kesedaran Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan Defibrilator Luaran Automatik (AED), latihan pertolongan cemas, perkhidmatan ambulans serta bantuan kebajikan dan kecemasan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Timbalan Pengerusi PBSMM Cabang Kuching, Dr. Chou Chii Ming berkata kejayaan program tersebut membuktikan semangat kemanusiaan dan keprihatinan masyarakat terus kukuh.

“Penyertaan lebih 2,500 peserta dan kejayaan mengumpulkan RM133,000 membuktikan bahawa semangat kemanusiaan dan keprihatinan terhadap masyarakat terus kukuh dalam kalangan rakyat.

“Setiap sumbangan, tajaan dan penyertaan akan membantu persatuan meneruskan perkhidmatan penting seperti latihan pertolongan cemas, perkhidmatan ambulans, perekrutan penderma darah serta bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan penyertaan golongan muda yang memberangsangkan pada edisi kali ini sebagai perkembangan positif dalam usaha memupuk nilai kemanusiaan, kesukarelawanan, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.

Pada majlis sama, Dr. Chou turut mengumumkan bahawa Larian Menyelamatkan Nyawa 7.0 akan diadakan pada 20 Jun 2027.

Selain menjadi platform pengumpulan dana, program itu turut bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran mengenai kemahiran menyelamatkan nyawa serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kemanusiaan dan kesukarelawanan.

Continue Reading

Previous: Koperasi Kampung Kuala Sibuti kekal kukuh, agih dividen 17 peratus
Next: Breakfast Playdate bersama Lala Kidzoona galak perkembangan dan interaksi sosial kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.