Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pengasas bersama Ubisoft terkorban dalam nahas pesawat di Perancis
  • GLOBAL

Pengasas bersama Ubisoft terkorban dalam nahas pesawat di Perancis

Utusan Sarawak 5 hours ago
CLAUDE Guillemot, pengasas bersama syarikat permainan video Ubisoft, maut dalam nahas pesawat di barat Perancis, menurut pihak berkuasa dan syarikat itu. Foto AGENSI

PARIS: Dua individu terbunuh dalam nahas sebuah pesawat di barat Perancis, termasuk pengasas bersama syarikat permainan video gergasi Ubisoft, Claude Guillemot, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa dan syarikat itu pada Sabtu.

Menurut pejabat pendakwa raya, pesawat itu terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran bandar La Baule pada petang Jumaat ketika menghampiri lapangan terbang tempatan.

Ubisoft dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima berita mengenai kematian Guillemot dengan “amat dukacita”.

Syarikat Perancis itu terkenal menerusi francais permainan video popular di peringkat global termasuk ‘Assassin’s Creed’.

Pesawat berkenaan berlepas dari Rennes. Pendakwa raya berkata beliau merupakan pemilik pesawat itu, namun tidak mengesahkan secara rasmi identitinya sebagai seorang daripada mangsa nahas.

Kertas siasatan dibuka susulan kejadian. Bagaimanapun, punca dan keadaan sebenar yang membawa kepada nahas itu masih belum dapat dipastikan.

Guillemot, 69, mengasaskan Ubisoft bersama adik-beradiknya pada 1986.

Beliau kemudiannya menerajui Guillemot Corporation, sebuah syarikat yang memasarkan aksesori permainan komputer dan produk berkaitan.

Menteri Perwakilan Perancis bagi Kecerdasan Buatan dan Hal Ehwal Digital Anne Le Hénanff menerusi platform X menyifatkan pemergian Guillemot sebagai kehilangan besar kepada industri permainan video negara itu, sambil menyatakan Perancis telah kehilangan “seorang daripada perintis” dalam industri berkenaan.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Pemandu maut, kira-kira 100 cedera dalam nahas kereta api di England
Next: Ratusan perenang desak penamatan larangan berenang di Sungai Spree, Berlin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.