Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JCI Mandarin Sibu anjur program pemeriksaan mata percuma di SK Sentosa
  • Tengah
  • WILAYAH

JCI Mandarin Sibu anjur program pemeriksaan mata percuma di SK Sentosa

Utusan Sarawak 13 hours ago
LAWATAN….JCI Mandrin Sibu mengadakan lawatan ke SK Sentosa Sibu sebagai persiapan menjayakan program komuniti ‘Vision For Future 2.0’ di SK Sentosa Sibu dari 23 hingga 25 Jun ini. (Dari kiri ialah Tan, Azizee (empat kiri), Kiing (lima kiri) dan Tiong (dua kanan).

SIBU: Junior Chamber International (JCI) Mandarin Sibu akan menganjurkan program komuniti selama tiga hari bertajuk ‘Vision For Future 2.0’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa Sibu dari 23 hingga 25 Jun ini bagi membantu meningkatkan kesihatan penglihatan dalam kalangan pelajar.

Program tersebut dijangka memberi manfaat kepada ratusan pelajar menerusi pemeriksaan mata percuma serta bantuan cermin mata kepada mereka yang memerlukan.

Sebagai persiapan menjayakan program itu, JCI Mandarin Sibu telah mengadakan lawatan rasmi ke SK Sentosa pada 19 Jun lalu bagi menyerahkan dokumen program serta mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah.

Pogram berkenaan bertujuan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berdepan masalah penglihatan agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran akibat kekangan kewangan.

Melalui kerjasama pasukan profesional, para pelajar akan menjalani pemeriksaan mata secara percuma dan mereka yang dikenal pasti memerlukan bantuan akan menerima cermin mata tanpa sebarang kos.

Inisiatif tersebut selaras dengan misi organisasi itu dalam berkhidmat kepada masyarakat dan melahirkan pemimpin menerusi pelaksanaan program yang memberi impak positif kepada komuniti.

Penglihatan yang baik merupakan asas penting dalam proses pembelajaran serta memainkan peranan besar dalam membantu pelajar mencapai potensi diri dan membina masa depan yang lebih cerah.

Selain memberi tumpuan kepada aspek kesihatan, program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan penglihatan serta memperkukuh kesaksamaan dalam pendidikan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh menghubungi Presiden JCI Mandarin Sibu, Simon Tiong Yong Yee di talian 016-855 6652.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Guru Besar SK Sentosa, Azizee Alli Ahmad, Penolong Kanan 1, Jane Tan Su Ling, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Jerry Kiing Kiu Zie serta Presiden JCI Mandarin Sibu, Simon Tiong Yong Yee.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pembangunan luar bandar Batang Lassa terus diperkasa
Next: 343 peserta Program Bantuan Lesen Memandu B2 DUN Batu Kawah jalani ujian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.