Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan kelindan lori disyaki rakam wanita di tandas restoran
  • JENAYAH

Polis tahan kelindan lori disyaki rakam wanita di tandas restoran

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang kelindan lori berusia 19 tahun ditahan polis selepas dipercayai merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah restoran di Bekenu, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 10.00 pagi apabila suspek dipercayai menggunakan telefon bimbit untuk merakam mangsa ketika berada di dalam tandas.

Menurutnya, perbuatan itu disedari mangsa sebelum wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Bekenu. Video berkaitan kejadian turut tular di media sosial.

“Bertindak atas laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sekitar Bekenu kira-kira 11.30 pagi pada hari sama.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan perbuatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai kelindan lori itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Polis Lubok Antu tahan dua lelaki terlibat penyalahgunaan dadah di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.