Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemandu maut, kira-kira 100 cedera dalam nahas kereta api di England
  • GLOBAL

Pemandu maut, kira-kira 100 cedera dalam nahas kereta api di England

Utusan Sarawak 7 hours ago
NAHAS perlanggaran dua kereta api di timur England mengorbankan seorang pemandu dan mencederakan kira-kira 100 penumpang, dengan sembilan daripadanya dilaporkan kritikal, menurut pihak berkuasa. Foto AGENSI

LONDON: Nahas membabitkan dua kereta api berhampiran di timur England mengorbankan seorang pemandu serta mencederakan kira-kira 100 penumpang, dengan sembilan daripada mereka berada dalam keadaan kritikal, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media Britain.

Penyiasat sedang berusaha mengenal pasti punca perlanggaran antara dua kereta api yang berlaku pada petang Jumaat.

Pasukan perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi kejadian dan memberikan rawatan kepada mangsa yang cedera sebelum membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Datuk Bandar London Sadiq Khan dalam satu kenyataan berkata siasatan menyeluruh perlu dijalankan berhubung insiden itu.

“Ingatan dan doa saya bersama semua yang terjejas akibat nahas kereta api tragis di Bedford, yang menyaksikan seorang pemandu kereta api maut manakala ramai penumpang cedera,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perkhidmatan kecemasan serta kakitangan pengangkutan yang bertindak balas terhadap insiden berkenaan.

“Siasatan menyeluruh mesti dijalankan dan laporannya perlu dikeluarkan secepat mungkin,” kata beliau.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Seorang pelombong pasir melecur dalam letusan gunung berapi Semeru
Next: Pengasas bersama Ubisoft terkorban dalam nahas pesawat di Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.