Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 pengusaha taska, tadika sertai latihan pemakanan sihat di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

200 pengusaha taska, tadika sertai latihan pemakanan sihat di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
HADIR…Peserta mengikuti Latihan Penilaian Pertumbuhan dan Penyediaan Makanan Sihat di Taska dan Tadika Bahagian Miri di Auditorium Pustaka Miri, hari ini.

MIRI: Seramai 200 pengusaha, penyelia, guru dan pengasuh taska serta tadika dari seluruh Bahagian Miri menyertai Latihan Penilaian Pertumbuhan dan Penyediaan Makanan Sihat sebagai usaha meningkatkan kualiti penjagaan, pemakanan dan kesejahteraan kanak-kanak pada peringkat awal usia.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri itu berlangsung di Auditorium Pustaka Miri, hari ini.

PKB Miri menerusi satu kenyataan hari ini berkata, peserta terdiri daripada wakil 62 taska swasta, 74 tadika swasta serta 64 peserta daripada tadika kerajaan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sekitar Bahagian Miri.

HADIR…Peserta mengikuti Latihan Penilaian Pertumbuhan dan Penyediaan Makanan Sihat di Taska dan Tadika Bahagian Miri di Auditorium Pustaka Miri, hari ini.

“Pelbagai pengisian diberikan sepanjang latihan termasuk kaedah penilaian status pertumbuhan kanak-kanak, penggunaan antropometri yang betul, interpretasi carta pertumbuhan, penyediaan makanan sihat dan aspek keselamatan fasiliti,” kata kenyataan tersebut.

Menurut PKB , latihan tersebut bertujuan meningkatkan kompetensi pengusaha dan tenaga pengajar dalam memastikan perkembangan fizikal serta kesihatan kanak-kanak dipantau secara berkesan.

HADIR…Peserta mengikuti Latihan Penilaian Pertumbuhan dan Penyediaan Makanan Sihat di Taska dan Tadika Bahagian Miri di Auditorium Pustaka Miri, hari ini.

“PKB Miri turut merakamkan penghargaan kepada JKM Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Subis dan Baram, Jabatan KEMAS serta Jabatan Perpaduan Bahagian Miri atas kerjasama menjayakan program berkenaan,” ujar kenyataan itu.

Melalui kolaborasi pelbagai agensi, program itu diharap dapat menyokong usaha melahirkan generasi yang sihat, cergas dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kompleks SNDB RM39 juta perkukuh industri sagu dan nipah di Dalat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.