Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pekan Trusan bergerak tepat di landasan menjadi bandar sempadan
  • Utara
  • WILAYAH

Pekan Trusan bergerak tepat di landasan menjadi bandar sempadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
BANDAR SEMPADAN…Awangku Jinal Abedin bersama Henry Sum Agong pada sesi perbincangan dan cabutan lot perumahan LCDA di Trusan.

LAWAS: Pembangunan Daerah Lawas turut tidak meminggirkan Pekan Trusan yang bakal melalui transformasi menjadi bandar sempadan.

Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, perancangan menerusi Pelan Induk Pembangunan Lawas akan turut melibatkan Pekan Trusan sebagai hab zon ekonomi sempadan.

“Kita perlu berkorban untuk memberi laluan kepada pembangunan yang bukan sahaja mengubah landskap Pekan Trusan, malah membangunkannya menjadi bandar sempadan.

BANDAR SEMPADAN…Awangku Jinal Abedin bersama Henry Sum Agong pada sesi perbincangan dan cabutan lot perumahan LCDA di Trusan.

“Trusan terletak di sempadan Lawas dan Brunei serta menjadi pintu masuk utama dari Brunei ke Lawas dan Sabah.

“Oleh itu, kita dapat melihat aliran ekonomi dan kewangan akan masuk melalui Pekan Trusan,” katanya pada sesi cabutan undi fasa pertama lot kediaman bagi penempatan pemilik kedai lama Trusan di Pejabat Daerah Kecil Trusan, semalam.

Seramai 12 penghuni kedai lama yang menduduki struktur berstatus sementara akan dipindahkan dari tapak kedai lama Trusan yang sudah uzur dan tidak selamat didiami ke lot kediaman baharu di seberang Batang Trusan.

BANDAR SEMPADAN…Awangku Jinal Abedin bersama Henry Sum Agong pada sesi perbincangan dan cabutan lot perumahan LCDA di Trusan.

Sebanyak 15 unit kediaman bagi penempatan pemilik kedai lama yang terbakar 30 tahun lalu telah siap dibina oleh pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

Rumah dua tingkat tersebut dijual pada harga RM150,000, iaitu di bawah harga pasaran susulan subsidi yang diberikan oleh kerajaan Sarawak menerusi LCDA.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok serta pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, LCDA, Mutiara Mortgage dan agensi berkaitan.

Pekan Trusan juga merupakan kawasan yang dirancang untuk dijadikan pelabuhan darat, tempat lori kargo dari Brunei dan Sarawak berhenti, selain mempunyai kawasan pertanian yang subur.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Regata Perahu Naga Terbuka Lawas 2026 perkukuh kerjasama serantau
Next: Kompleks SNDB RM39 juta perkukuh industri sagu dan nipah di Dalat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.