Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi Bersepadu bantu JTK Sarawak bongkar ketidakpatuhan majikan
  • TEMPATAN

Operasi Bersepadu bantu JTK Sarawak bongkar ketidakpatuhan majikan

Utusan Sarawak 6 hours ago
JTK Sarawak menyertai Operasi Bersepadu OP Lusuh Khas yang diselaraskan oleh IPK Sarawak bersama beberapa agensi penguatkuasaan berkaitan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel dan vandalisme yang semakin membimbangkan di negeri ini. Foto: JTK Sarawak.

KUCHING: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak mengesan beberapa pelanggaran peruntukan undang-undang perburuhan selepas menjalankan pemeriksaan dalam Operasi Bersepadu OP Lusuh Khas yang diselaraskan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam.

Menurut kenyataan media JTK Sarawak, operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti kecurian kabel dan vandalisme yang semakin membimbangkan di negeri ini.

JTK Sarawak mengambil bahagian dalam operasi berkenaan dengan melaksanakan pemeriksaan terhadap majikan serta tempat pekerjaan bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

JTK Sarawak menyertai Operasi Bersepadu OP Lusuh Khas yang diselaraskan oleh IPK Sarawak bersama beberapa agensi penguatkuasaan berkaitan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel dan vandalisme yang semakin membimbangkan di negeri ini. Foto: JTK Sarawak.

Pemeriksaan yang dijalankan memberi tumpuan kepada aspek pematuhan syarat pekerjaan, kebajikan pekerja serta tanggungjawab majikan sebagaimana ditetapkan di bawah undang-undang buruh yang berkuat kuasa.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang dilakukan oleh majikan terlibat, sekali gus memerlukan tindakan penguatkuasaan diambil oleh pihak jabatan.

Sehubungan itu, JTK Sarawak telah mengeluarkan Notifikasi Pelanggaran kepada majikan berkenaan di bawah Seksyen 104, Seksyen 105 dan Seksyen 114 Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

JTK Sarawak menyertai Operasi Bersepadu OP Lusuh Khas yang diselaraskan oleh IPK Sarawak bersama beberapa agensi penguatkuasaan berkaitan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel dan vandalisme yang semakin membimbangkan di negeri ini. Foto: JTK Sarawak.

Jabatan itu menegaskan bahawa pematuhan terhadap undang-undang perburuhan adalah penting bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja sentiasa dilindungi selain mewujudkan hubungan industri yang harmoni.

JTK Sarawak turut menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain dalam usaha memastikan pematuhan undang-undang perburuhan serta mewujudkan persekitaran pekerjaan yang adil, selamat dan kondusif di seluruh Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Perpaduan rakyat aset paling berharga Sarawak hadapi cabaran masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.