Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perpaduan rakyat aset paling berharga Sarawak hadapi cabaran masa depan
  • TEMPATAN

Perpaduan rakyat aset paling berharga Sarawak hadapi cabaran masa depan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKITAR Majlis Ngiling Bidai 2026 anjuran PBB Ranting Taman Desa Wira Lot, hari ini.

KUCHING: Perpaduan rakyat perlu terus dipelihara bagi memastikan Sarawak kekal aman, stabil dan mampu berdepan pelbagai cabaran masa depan termasuk ketidaktentuan ekonomi global, konflik antarabangsa serta pelbagai isu sosial yang semakin kompleks.

Ahli Dewan Negara, Dato’ Ahmad Ibrahim berkata, semangat hidup bersama yang diamalkan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini sejak sekian lama merupakan aset paling berharga yang perlu terus dipertahankan oleh setiap anak Sarawak.

Menurut beliau, rakyat negeri ini tidak boleh membiarkan budaya kebencian, fahaman ekstrem atau sebarang unsur yang mampu memecah-belahkan masyarakat menular sehingga menggugat keharmonian yang telah sekian lama menjadi identiti Sarawak.

SEKITAR Majlis Ngiling Bidai 2026 anjuran PBB Ranting Taman Desa Wira Lot, hari ini.

“Kita mungkin berbeza pendapat dan pandangan politik, tetapi sebagai rakyat Sarawak kita mesti sentiasa mengutamakan keharmonian, kestabilan dan masa depan negeri.

“Kita tidak mahu budaya kebencian, fahaman ekstrem atau unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang telah lama hidup aman dan harmoni,” katanya menerusi teks ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua PBB Batu Kawa, Affry Tony pada Majlis Ngiling Bidai 2026 anjuran PBB Ranting Taman Desa Wira Lot, hari ini.

SEKITAR Majlis Ngiling Bidai 2026 anjuran PBB Ranting Taman Desa Wira Lot, hari ini.

Beliau berkata, Sarawak amat bertuah kerana rakyatnya hidup dalam suasana masyarakat majmuk yang saling menghormati tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Katanya, budaya saling menghormati yang diamalkan rakyat negeri ini dapat dilihat melalui sambutan pelbagai perayaan yang diraikan bersama termasuk Hari Gawai Dayak, Aidilfitri, Aidiladha, Krismas dan Tahun Baharu Cina.

“Kita meraikan Gawai bersama, saling berkunjung ketika Aidilfitri dan Aidiladha, Krismas serta Tahun Baharu Cina.

“Apabila ada jiran yang memerlukan bantuan, kita membantu tanpa bertanya bangsa atau agama. Inilah identiti sebenar anak Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Majlis Ngiling Bidai bukan sekadar menjadi penutup kepada musim perayaan Gawai, malah melambangkan penghargaan terhadap warisan budaya, adat resam dan nilai kehidupan yang diwariskan oleh generasi terdahulu.

Menurutnya, program seumpama itu berupaya menyatukan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat setempat sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada keamanan dan keharmonian negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Ranting PBB Taman Desa Wira Lot, Olevia Peter serta seluruh jawatankuasa penganjur atas komitmen menjayakan majlis berkenaan.

Menyentuh peranan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), beliau menegaskan kekuatan sebenar parti itu terletak pada akar umbi khususnya ranting-ranting yang aktif mendekati masyarakat serta memperjuangkan kebajikan rakyat.

Ahmad turut menghargai sokongan berterusan penduduk Taman Desa Wira Lot terhadap pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan di kawasan Batu Kawa.

Beliau yang tidak dapat hadir kerana menghadiri beberapa mesyuarat rasmi di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa sama menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai Dayak dan Selamat Ngiling Bidai 2026 kepada seluruh masyarakat Dayak.

“Semoga semangat perpaduan, kejiranan dan kekeluargaan yang diraikan hari ini akan terus menjadi kekuatan masyarakat kita pada masa hadapan serta membawa keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Niti Daun 2026 himpun etnik Dayak dari seluruh Sarawak
Next: Operasi Bersepadu bantu JTK Sarawak bongkar ketidakpatuhan majikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.