
BELURU: Rumah Sulutan Sungai Seputi Bok, Bakong dilanda banjir dengan paras air mencecah dua kaki setengah.
Menurut Tuai Rumah Sulutan Anai, seramai 130 penduduk daripada 18 pintu terjejas, manakala keadaan banjir masih berlarutan sehingga hari keempat.
Katanya, hujan lebat sejak beberapa hari lalu serta limpahan air dari hulu Sungai Bok menjadi punca banjir, dengan paras air terus menunjukkan peningkatan dan jalan alternatif tidak dapat dilalui kenderaan kecil kerana masih dinaiki air.
Sementara itu, kawasan Rh Labang Jamu, Nangn Seri dan Bakong turut dinaiki air sedalam 0.5 kaki.
Menurut laporan, Rumah Labang dihuni 207 penduduk daripada 21 pintu. Paras air masih mencatatkan peningkatan, manakala laluan alternatif tidak dapat dilalui kenderaan berikutan turut dinaiki air.
Oleh Jiku Juguong