Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Janos Xantus bukti Sarawak tarik perhatian dunia sejak abad ke-19
  • SEMASA

Janos Xantus bukti Sarawak tarik perhatian dunia sejak abad ke-19

Utusan Sarawak 2 days ago
PERASMIAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan perasmian monumen memperingati ulang tahun ke-200 saintis dan pengembara Hungary, Janos Xantus, di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak sebenarnya telah menarik perhatian pengkaji dan pengembara antarabangsa sejak lebih satu abad lalu, malah menjadi lokasi penyelidikan penting kepada tokoh saintis dan pengembara Hungary, Janos Xantus.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kehadiran Janos di Bumi Kenyalang sekitar abad ke-19 membuktikan Sarawak memiliki keunikan tersendiri yang mendorong pengkaji luar datang meneroka dan mendokumentasikan penemuan mereka.

Menurut beliau, usaha Janos yang sanggup meredah pelbagai cabaran ketika itu wajar dijadikan inspirasi kepada generasi penyelidik masa kini untuk terus meneroka dan mengetengahkan khazanah Sarawak yang masih belum didedahkan sepenuhnya kepada dunia.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Duta Besar Hungary ke Malaysia, Sandor Sipos membuka kain penutup monumen memperingati ulang tahun ke-200 Janos Xantus di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. 

“Komunikasi dan jalan raya ketika itu tidak seperti hari ini, jadi ia pasti sangat sukar bagi beliau.

“Tetapi beliau tetap berjaya menghasilkan penulisan yang akhirnya diterbitkan menjadi sebuah buku, sesuatu yang membolehkan rakyat Sarawak dan masyarakat dunia melihat bagaimana pandangan seorang naturalis dan pengembara Barat terhadap bumi Sarawak ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memperingati ulang tahun ke-200 saintis dan pengembara Hungary, Janos Xantus serta pelancaran buku berkaitan tokoh berkenaan di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Abdul Karim berkata, kebanyakan rakyat Sarawak lebih mengenali tokoh-tokoh seperti Alfred Russel Wallace dan Odoardo Beccari, namun tidak ramai mengetahui bahawa Janos turut pernah menjalankan penyelidikan di Sarawak.

PENERANGAN…. Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendengar penerangan mengenai pengembaraan dan hasil penyelidikan Janos Xantus ketika melawat pameran khas di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Katanya, sepanjang kira-kira empat bulan berada di negeri ini, Janos telah menjelajah beberapa kawasan termasuk Kuching, Matang, Sri Aman dan Gedong untuk menjalankan kajian.

“Ini menunjukkan bahawa walaupun dalam tempoh yang singkat, beliau berjaya mengembara ke pelbagai tempat dan merekodkan pemerhatiannya.

“Penulisan beliau yang diterbitkan semula hari ini memberi gambaran berharga tentang Sarawak pada zaman tersebut,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Hungary, Universiti Sunway dan Pustaka Negeri Sarawak atas usaha menerbitkan karya yang mengangkat sumbangan Janos kepada dunia ilmu pengetahuan.

Menurutnya, penerbitan seumpama itu bukan sahaja memperkenalkan sejarah Sarawak kepada masyarakat antarabangsa, malah berpotensi mengukuhkan hubungan antara Sarawak dan Hungary, termasuk dalam bidang pelancongan serta penyelidikan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak berharap perdamaian Amerika Syarikat – Iran berkekalan
Next: Gempa bumi kuat landa Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.